Pernah Jadi Anak Didik Dayang Nurfaizah Di Mentor Legend, Ini Latar Belakang Arwah Sandra Dianne

Share

Berita pemergian penyanyi Sandra Dianne nyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti dan peminat industri hiburan tanah air.

Lalu, masing-masing memberikan penghormatan terakhir dan turut sedekahkan al-Fatihah atas pemergiaan.

Kami kongsikan, latar belakang mengenainya.

1.Sandra Dianne atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuri telah dilahirkan pada 16 September 1994 di Tuaran, Sabah.

2.Bintang berusia 26 tahun ini beragama Islam dan dibesarkan di Sabah sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.

 

3.Sandra merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sabah.

4.Selepas itu, Sandra memiliki kelulusan dalam bidang Architectural Drafting.

5.Ketika berusia 20 tahun, Sandra pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor Lagend di TV3 dan merupakan anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.

6.Pada tahun 2015, Sandra telah mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Hey Kau ciptaan Tam Spider dan penulis lirik oleh Iman Imran.

7.Penyanyi kelahiran Sabah ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam program Big Stage 2020 terbitan Astro.

8.Siapa menduga, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program berkenaan.

9.Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.

10.Memetik Harian Metro, jenazahnya akan dikebumikan di Sabah.

 

 

Foto: Instagram Sandra Dianne

IKLAN