Pernah Hadiahkan Kereta Kepada Semua Penonton Di Studio, Oprah Winfrey Derma RM44 Juta Bantu Kekang COVID-19

Share

Oprah Winfrey telah mengumumkan sumbangan sebanyak kira-kira RM44 juta (USD10 juta) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, lapor CNN Menerusi Fox8.

Daripada jumlah itu, RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan akibat wabak berkenaan ini.

Perkara terkait juga turut dikongsikan antara selebriti terkaya dunia ini menerusi Instagram.

Sinonim dalam sisi amal kebajikan dan tanggungjawab sosialnya, Oprah sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menghadiahkan hampir 300 buah kereta buat setiap seorang penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show kira-kira 14 tahun dulu.

Terdahulu, selain Oprah beberapa selebriti Hollywood lainnya turut menghulurkan sumbangan berikutan krisis COVID-19 yang meruncing di negara Uncle Sam itu.

IKLAN