Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.
Malah, individu berkenaan turut berkeras mahu melihat kad pengenalannya sebagai bukti bahawa Tony bukan seorang Muslim.
“Perkara seperti itu pernah terjadi ketika saya belum mula berlakon pada sekitar tahun 2001.
“Waktu itu, saya baru bekerja dengan sebuah syarikat dan perlu mengikut bos saya outstation ke Kelantan dan bos berbangsa India.
“Kami singgah di sebuah kedai nasi lemak di Gua Musang untuk makan tengah hari. Tiba-tiba datang seorang pakcik.
Ads
“Dia tidak tegur bos saya kerana memang jelas dia berbangsa India. Tapi, dia datang kepada saya dan minta saya tunjukkan kad pengenalan.
“Ketika itu, saya agak bodoh. Sepatutnya hanya polis sahaja yang boleh minta IC. Orang lain tiada hak.
“Tapi sebab saya masih muda, saya terus berikan sahaja. Bila dia tengok, dia terus jeling saya,” katanya kepada MH.
Tony berkongsi pengalaman ini ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran TV3 yang berlangsung di Lado By The Lake, Shah Alam, baru-baru ini.
Ads
Seru Tak Buat Tanggapan Melulu
Berkongsi lanjut, pelakon One Cent Thief 2 turut memohon jasa baik ramai agar lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang tanggapan dan menegur orang lain dengan adab yang baik.
“Tak baiklah macam tu. Tindakan dia nak periksa kad pengenalan saya pun dah salah. Janganlah main serkap jarang sahaja.
Ads
“Tanyalah dahulu dengan baik. Nak tegur pun kena ada adab. Jangan main tampar pula,” ujarnya lagi.
Pernah Berpuasa
Dalam pada itu, Tony turut mendedahkan dia pernah berpuasa, terutamanya ketika menjalani penggambaran bersama rakan-rakan Muslim.
“Kadang-kadang dalam set penggambaran, saya seorang sahaja yang bukan Melayu. Walaupun pihak produksi menyediakan makanan untuk saya, tapi rasa tak seronok nak makan dengan rakan-rakan Muslim.
“Selera pun dah tiada. Jadi, saya pun terikut juga untuk berpuasa,” katanya yang turut menyifatkan puasa sebagai satu amalan yang baik untuk kesihatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Punca kematian pelakon terkenal Hollywood, Val Kilmer, telah didedahkan kepada umum.
Perkara itu disahkan menerusi sijil kematian yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Los Angeles yang menyatakan punca utama kematian pelakon itu disebabkan radang paru-paru.
Penyakit tersebut disusuli oleh beberapa komplikasi lain termasuk kegagalan pernafasan akut hipoksemik, kegagalan pernafasan kronik, serta kanser lidah jenis karsinoma sel skuamus.
Selain itu, faktor penyumbang lain turut dikenal pasti seperti kekurangan zat makanan dan kewujudan fistula trakeokutaneus. Mayat Val telah menjalani proses kremasi pada 7 April lalu.
Anak perempuannya memaklumkan kepada New York Times bahawa aktor berkenaan telah lama bergelut dengan masalah kesihatan, sebelum akhirnya meninggal dunia setelah dijangkiti radang paru-paru.
Val mula menghadapi masalah kesihatan serius sejak 2015 apabila didiagnosis menghidap kanser tekak yang menyebabkan beliau kehilangan kebolehan bertutur dengan jelas.
Dalam penampilan terakhirnya menerusi filem “Top Gun: Maverick” yang ditayangkan pada 2022, teknologi kecerdasan buatan (A.I.) terpaksa digunakan bagi mencipta semula suaranya.
Difahamkan, keadaan kesihatannya semakin merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan beliau dikatakan terlantar di katil selama beberapa bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Val Kilmer dikenali menerusi pelbagai watak ikonik termasuk dalam filem Batman Forever, The Doors, dan Top Gun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin ada segelintir kaum Hawa yang mahu berubah ke arah kebaikan, namun terdapat banyak halangan dan kekangan yang mereka hadapi.
Jadi, Noorkhiriah ada berkongsi nasihat buat netizen khususnya kaum wanita di luar sana yang mahu berubah menjadi individu yang lebih baik.
“Dalam idup ni jgn drastik takut turn back..mcm akak mendaki dik,selow2..even sampai skrg masih pakai jean keding..cuma try cari baju labuh..jiwa noty dik,bkn lahir2 terus suci..idok..nak gak rasa sekalisekala..pas rasa dahlah..pastu plahan2 kita menutupi apa yg wajib..
“Pasai jenazah wanita ni kalu akak x silap kain kafan 7 lapis..bagi akak..aurat wanita ni hebat dik..sori2..akk tak pandai,jahil lagi cuma bkongsi sskit apa yg tau..kkdg akak kelaut..tp cepat2 naik blk..hadeh..maaf kalu ada tsilap kata dlm karangan akak ni yerr..
“Kita idup ni bukan atas dasar nak puaskan hati org..mmg sampai kena kapanlah takkan puas..puaskan hati sendiri je dik..& kena ingt tak smua org suka kita..wat baik kena,wat jahat apatah lagi..maka hidup kena jalan terus..
“Jadikan semalam tu hujan lebat..pasai lepas ujan kdg2 Allah turunkan PELANGI,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen pula, netizen bersetuju dengan kata-kata bintang drama bersiri Nur itu.
Untuk rekod, Khiriah mula menyarungkan hijab pada Mei 2011. Semoga Khiriah istiqamah dan sukses dalam apa jua bidang!
Foto : IG Noorkhiriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...