Pelakon senior, Jasmin Hamid baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya kepada pihak yang sanggup melakukan perbuatan kejam terhadap haiwan.
Menerusi akaun Instagramnya, dia ada memuat naik sekeping gambar yang melihatkan kesengsaraan sekumpulan monyet yang diburu apabila kehidupan haiwan tersebut semakin terancam dek perbuatan manusia.
“Allahuakhbar! Saya sendiri tidak berapa selesa bilamana ada teman-teman yang membawa si comel ni ke set pengambaran atau di public area… Sebab saya FOBIA dengan species ini.. Saya pernah di gigit semasa sedang shooting dan membuatkan lengan saya luka dan terpaksa ambil suntikan untuk mencegah sebarang virus… Bukan saya BENCI tapi FOBIA…,” tulisnya.
Jasmin juga turut menceritakan kisah sebenar disebalik mahu memiliki anak monyet itu.
Ads
“Utk pngetahuan semua, monyet kecil yg comel yg korang bangga sgt bela & beli beribu2 harga tu, ni cara dorg, kna bunuh si mak dulu, bru dpt ank utk d niagakan. Makin korang nak, makin byk prmintaan, maka mkin byk la si mak monyet ni kena bunuh. Eloklah, bg la sokongan padu korang tu lg pd pembunuh2 ni..,” jelas Jasmin.
Susulan itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kehidupan haiwan eksotik yang terancam itu.
Ads
Foto : Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Gabriel Prince tidak berniat untuk menyinggung hati para peminat susulan memuat naik gambar seakan berkahwin di laman Instagram baru-baru ini.
Menurut Prince, foto tersebut sebenarnya telah diambil ketika menjayakan salah satu babak di dalam muzik video lagu terbaharunya yang berjudul ‘Sunday’.
“Pada mulanya peminat sangat terkejut bila melihat gambar perkahwinan saya. Di ruangan komen, para peminat banyak bertanya sama ada saya benar-benar berkahwin.
“Namun, selepas mereka menonton muzik video lagu tersebut, rupanya ada mesej yang lebih sedih untuk disampaikan. Pengakhirannya yang tidak disangka,” katanya kepada MH.
Prince yang memiliki jumlah pengikut lebih 1.7 juta di Instagram itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Sunday, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah membuat penjelasan berhubung hantaran tersebut seterusnya, lega selepas melihat reaksi peminat.
“Pada masa masa, ramai juga peminat yang marah selepas saya memuat naik gambar tersebut. Mungkin mereka bukan marah tapi lebih kepada kecewa. Mereka tidak jangka saya akan berkongsi perkara seperti itu.
“Ketika sidang media di Indonesia, kami juga ada buat tayangan muzik video. Ketika itu, saya ada memberikan penjelasan kepada peminat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Prince akui sangat terharu dengan layanan baik yang diberikan peminat sepanjang mengadakan rangka promosi di Malaysia.
“Beberapa hari lepas, saya sempat berjumpa dengan beberapa peminat di Sabah. Mereka semua sangat baik dan ada yang bawa hadiah.
“Peminat Malaysia sangat sopan dan mereka juga memberikan saya makanan yang banyak. Mereka sangat manis dan sentiasa menyokong.
“Ini merupakan kali pertama saya mengadakan promosi di Malaysia. Jika sambutannya bagus, tidak mustahil saya akan cuba untuk mengadakan sesuatu projek yang lebih besar di sini,” kongsinya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai lagu Sunday, Prince memberitahu single tersebut diinspirasikan daripada kisah hidupnya sendiri.
“Lagu ini berdasarkan kisah hidup saya yang sebelum ini menolak cinta daripada seorang rakan.
“Dia merupakan kawan baik saya dan disebabkan tidak mahu kehilangan seorang sahabat, saya menolak pengakuan cintanya,” katanya.
Lagu Sunday itu mendapat sentuhan daripada penyanyi popular, Kaleb J dan dilancarkan oleh Belanegara Abe.
Untuk info, lagu tersebut turut diterbitkan bersama dengan sebuah filem pendek menggunakan judul yang sama dan kini sudah mendapat lebih 14,000 tontonan di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Gabriel Prince
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pengarah, Michael Ang ada berkongsi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi ‘anaknya’, Ryan Ang sebagaimana nama yang tertera pada slip keputusan yang dikongsikannya di Instagram.
Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, Michael, 44, turut mendoakan agar impian Ryan untuk bergelar doktor akan tercapai.
“Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje.
“May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk!
“All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!,” tulisnya.
Serentak dengan entri yang dikongsikan, pengarah drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot itu juga turut menerima reaksi bercampur-campur di kalangan netizen.
Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang turut bertanya mengenai gerangan ‘anak’ yang dimaksudkan.
Apapun, tahniah buat semua calon SPM tahun lalu yang sudah pun mendapat keputusan masing-masing pada Khamis lalu.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zahiril Adzim akui teruja saat pertama kali melangkah masuk ke set filem Bakara yang kini baru memulakan sesi penggambarannya di Turki.
Menurut Zahiril, dia bakal memanfaatkan kesempatan ini untuk memberikan kualiti lakonan yang terbaik di dalam filem yang mengangkat kisah mengenai sejarah tentera Malaysia ini.
“Hari pertama berada di Turkey untuk membikin filem #Bakara sebagai Leftenan Dahari.
“Berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada team ini yang mengangkat sebuah kisah daripada sejarah tentera Malaysia di mana terjadinya peristiwa dan pertempuran yang menggerunkan di Somalia pada tahun 1993,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Shera Aiyob itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, filem ini juga bakal menceritakan kisah sebenar mengenai pengrobanan dan perjuangan tentera Malaysia yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia.
“Peristiwa ini telah difilemkan dalam filem ‘Black Hawk Down’ di mana tentera US terperangkap di tengah pasar Bakara, Somalia.
“Tentera US ada yang dah kehabisan peluru, ramai yang dah terkorban dan mereka seperti sudah takda harapan untuk keluar dari situ dan akhirnya mereka diselamatkan oleh tentera UN. Siapakah yang ada dalam tentera UN waktu itu?
“Mereka adalah tentera Malaysia yang sangat berani, Malbatt (Malaysian Battalion). Malbatt lah yang berjaya membawa keluar askar US waktu itu. Tapi dalam filem Black Hawk Down, nama Malaysia hanya disebut sekali dalam 1 babak.
“Dan kali ini, giliran Malaysia untuk menceritakan kisah sebenar dalam filem #Bakara arahan @adrianteh19,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa tidak sabar untuk menonton hasil akhir filem ini selain turut memberikan kata-kata semangat buat barisan pelakon.
“All the best bob & team Bakara. Tak minta banyak pun, nak meremang bulu tengkuk je bila tgk kat panggung nanti.
“Semoga dipermudahkan semuanya buat Team Bakara.
“Masuk set pon dah teruja. Tk sabar tunggu hasilnya.
“At last bro at last! Memang aku tunggu.
“Menyegarkan minda rakyat malaysia kalau banyak kan cerita sejarah mcm ni . Menyemangatkan lagi sifat sayang negara utk generasi baru atau BBNU,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Bakara merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh sutradara terkenal Adrian Teh.
Selain Zahiril, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Safwan Nazri, Taufiq Hanafi dan ramai lagi.
Sumber & Kredit foto: Instagram Zahiril Adzim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu berentap dan mempamerkan kualiti sebagai bintang yang bakal menyinar, finalis Didie Shazry akhirnya dinobatkan selaku juara sulung bagi program realiti terbaharu,...