Pernah Berbincang Uji Bakat Puteri Gunung Ledang, Puan Sri Tiara Jacquelina Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Ashraf Sinclair

Share

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon terkenal, Ashraf Sinclair yang telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada 4.51 pagi, hari ini.

Pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina antara yang terkesan dengan berita tersebut.

Lalu bintang Puteri Gunung Ledang ini ada meluahkan rasa sedih atas permergian arwah Ashraf yang mengejutkan.

“Bangun untuk berita sedih hari ini. Ashraf Sinclair meninggal awal pagi ini akibat serangan jantung.

“Ashraf adalah salah seorang lelaki muda yang paling baik yang saya pernah jumpa. Sentiasa sopan dan rendah diri. Dia juga terkenal dengan etika kerja profesionalnya, tulisnya.

Selain itu, Tiara turut berkongsi perbualan terakhir bersama arwah di aplikasi ‘Whatsapp’.

Kongsi Tiara, dia pernah berbincang bersama dengan arwah untuk ujibakat muzikal Puteri Gunung Ledang yang dijangka bakal menemui penonton pada Julai depan.

“In one of our last WhatsApp messages to each other, we were even discussing him auditioning for #PGLmusical memang tak de rezeki.

“Ashraf yang paling disayangi, anda meninggalkan dunia ini terlalu lama. Kami telah kehilangan satu lagi cahaya muda yang berbakat dalam industri perfilman, dan ramai yang mengetahui dan menyayangi anda sekarang telah kehilangan kawan yang sayang.

“Simpati saya yang paling mendalam kepada @bclsinclair @aishahjennifer dan keluarga mereka.

“Semoga Ashraf tersenyum pada anda semua dari tempat yang istimewa di Syurga. Alfatihah,” tulisnya lagi.

Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Arwah mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair, 10 tahun.

Foto: Instagram Tiara Jacquelina

IKLAN