Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya kepada MH.
Ads
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Keliru dengan penampilan ‘Wany Hasrita’ sewaktu menjadi penyampai berita bagi segmen Komuniti Awani, netizen ada yang‘menyindir’ imej terkini penyanyi tersebut.
Semuanya gara-gara ada sedikit kekeliruan pada nama penyampai berita yang tertera nama ‘Wany Hasrita’.
Sedangkan, selebriti yang menjadi penyampai ialah pelakon, Sharifah Sakinah.
Malah, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi gurauan, menyatakan agar penyanyi lagu Terlalu Memuja itu agar tidak membuka tudung.
Sementara itu, Wany juga dilihat meminta maaf kepada Sakinah atas kesilapan nama penyampai yang tertera.
“Saya sedih apabila majoriti yang menonton filem berkisarkan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dalam kalangan OKU saja.” Itu kata penerbit Sakti Films Sdn Bhd, Dakshina Muriti mengenai sambutan filem sulung terbitannya, Garang ‘Aku Luar Biasa’ yang menemui penonton seluruh pawagam sejak 5 Disember lalu.
Dakshina berkata, dia berasa terkilan apabila sambutan filem yang diinspirasi daripada kisah benar itu menerima jumlah penonton yang rendah.
“Inisiatif filem ini adalah bagi mencari dana untuk membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat, Johor.
“Bagaimanapun sejak ditayangkan 5 Disember lalu, tidak ramai yang menyokong filem ini sedangkan filem ini mempunyai misi yang besar untuk membantu golongan OKU.
“Malah jalan ceritanya juga cukup menarik apabila ia mengisahkan kisah hidup seorang bekas atlit paralimpik kebangsaan, Izam dalam acara sukan lumba kerusi roda,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pelakon OKU Osman Omar yang kali pertama berlakon filem menyeru sokongan daripada semua pihak terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mempromosikan filem terbabit.
“Jika selama ini warga OKU menyokong filem orang normal, mengapa tidak kali ini masyarakat Malaysia menunjukkan sokongan kepada filem OKU yang memberi banyak mesej dan pengajaran ini.
“Filem ini bila-bila saja boleh dihentikan tayangan sekiranya tiada sambutan daripada penonton. Jika ia dihentikan maka terbantutlah misi untuk membantu golongan OKU.
“Saya juga mohon sokongan daripada pihak kerajaan untuk membantu filem ini kerana perjalanan yang kami tempuh untuk menyiapkan filem ini bukan mudah,” katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta termasuk pembikinan dan pemasaran itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal) dan Chacha Maembong.
Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah bintang senior, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).
Grang mengisahkan tentang Izam, seorang atlit paralimpik yang banyak mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.
Satu insiden yang berlaku pada Izam telah menimbulkan sengketa antara Jasmin dan Reza sehingga memaksa Jasmin mendapatkan pertolongan dari tiga sahabat lamanya iaitu Kamal, Rashid dan Macha.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita gembira itu disahkan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.
“Alhamdulilah lady boss kte selamat bersalin. @withrepost • @jaiezzany Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya, 1043 pagi…Baby Boy.
“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun. Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU. Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya,” tulisnya.
Difahamkan, Abby melahirkan bayinya itu pada usia kandungannya berusia enam bulan. Bintang Gerak Khas terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.
Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan sekitar tahun 2017 lalu.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan pasangan tersebut turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium khas buat dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri bersempena dengan ulang tahun...