“Perkenalkan Cahaya Mata Kedua Saya,” – Genap 10 Hari Dilahirkan, Pelakon Reza Hasbi Dedah Wajah Anak, Indah Sungguh Namanya!

Share

Awal semalam, pelakon Reza Hasbi akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya yang dilahirkan 10 hari lalu menerusi Instagram.

Bayi lelaki seberat 2.79 kilogram itu diberi nama Muhammad Rafie Daiyan dan pastinya, si bapa mengharapkan agar anaknya menjadi insan soleh dan membesar dengan sihat.

“Assalamualaikum Semua.perkenalkan cahaya mata kedua saya.

“Alhamdulillah..Terima kasih semua utk ucapan & doa yg diberi, sy minta maaf xdpt nk respon semua. Hihi.

“Alhamdulillah,Doakan baby Muhammad Rafie Daiyan membesar dgn sihat ye. Amin…Tqsm syg @rdr7_ bertarung nyawa lahirkan zuriat saye,” tulisnya di Instagram.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan ucapan tahniah buat Reza dan isteri.

Terdahulu, Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. Tahniah buat kalian atas kelahiran anak kedua!

Foto: Instagram Reza Hasbi

IKLAN