“Perkenalkan…,”- 7 Hari Dilahirkan, Fedtri Yahya Akhirnya Dedah Nama Anak, Ahmad Firaas Mevlana Inspirasi Dari…

Share

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya selamat menimang cahaya mata keempat minggu lepas hasil perkongsian dengan isterinya, Nur Anati Ismail. 

Genap 7 hari, Fedtri telah mengumumkan  nama bayinya itu di akaun Instagram. 

“Perkenalkan Putera Hamba.. Ahmad Firaas Mevlana Bin Ahmad Fedtri (Ketajaman akal fikir pujangga terbilang nan terpuji).. Inspired by Mevlana Jalaluddin Al Rumi,”tulisnya. 

Lalu, pengikut di laman sosial itu terpesona dengan nama unik bayi comel itu. 

Untuk rekod, Fedtri dan Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.

Foto : IG Fedtri Yahya 

IKLAN