“Perkara Yang Terbaik & Melengkapkan Di Dunia Ini,” – Rai Hari Ibu Selepas Bersalinkan Bilal, Neelofa Bersyukur

Share

Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei, selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk merasai nikmat bergelar ibu.

Menurut pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor ini, bergelar ibu merupakan perkara yang melengkapi kehidupannya.

“Terima kasi kepada my sweet, sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Perkara yang terbaik dan melengkapkan di dalam dunia ini,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi sebuat ciapan yang dimuat naik di Twitter pada Ahad.

Malah, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga turut merakam ucapan penghargaan buat anak lelakinya, Bilal kerana telah merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan Hari Ibu buat Neelofa.

“Happy mother’s day to you doakan saya pun dapat merasa jadi ibu one day. Masih menanti zuriat.

“Masih tak percaya yang Neelofa sekarang seorang ibu.

“Seronok untuk awak Lofa sayang.

“Si Kecil Bilal. Tak sabar nak tengok awak membesar.

“Berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bagi saya kesempatan untuk merasa jadi seorang ibu. My ultimate goal in this world is to be a mother. Hopefully can be fulfilled, InsyaAllah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, Januari lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua pasangan tersebut masih belum mendedahkan wajah anak mereka itu buat tatapan umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit foto: Instagram & Twitter Neelofa

IKLAN