Pergi 5 Hari Sebelum Dirai Sebagai Raja Sehari, Kad Undangan Kahwin Muhammad Adib & Tunang Viral Di Media Sosial, Netizen Sebak!

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kematian pegawai bomba, Mohammad Adib Mohd Kassim yang parah ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman November lalu terus mengundang rasa pilu dan hiba netizen apabila kad kahwinnya bersama tunang, Nurul Najihah Mod Radzi mulai tular di media sosial.

MH difahamkan bahawa Sabtu ini bersamaan dengan 22 Disember sepatutnya menjadi tarikh yang paling gembira buat pasangan berkenaan, bagaimanapun, Adib terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Susulan itu, kelihatan ramai yang mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan juga tunangnya namun ada juga yang meluahkan rasa kesal sebab kematian anggota bomba itu.

Sementara itu, sekeping foto Nurul Najihah di Institut Perubatan Forensik Negara juga turut mendapat perhatian netizen, rata-rata mengatakan bahawa dia adalah seorang kuat saat menghadapi kehilangan orang tersayang.

Kesihatan Adib yang pada mulanya menunjukkan tanda-tanda positif mula merosot pada Ahad lalu seterusnya dia menghembuskan nafas terakhir semalam, jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Foto: Facebook & Instagram

IKLAN