Pergh Meremang Baca Pengalaman Amy Search Tawan Gunung Annapurna, Nepal Ni!

Benar kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki tentu sekali ada terselit seorang wanita. Tidak kiralah bergelar ibu, isteri atau sesiapa sekalipun.

Baru-baru ini MH ada berkongsi tentang Otai Rock, Amy Search tentang misinya untuk menawan Gunung Annapurna di Nepal.

 

IKLAN

Semalam Amy berkongsi pula pengalamannya apabila dia hampir putus asa untuk menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp (ABC) menerusi laman Instagram miliknya.

“Saat ini ABC hnya lebih kurang 200 meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dan sweeper untuk pastikan semua dalam keadaan steady.

“Masa salji turun ‘happy’ sangat rasa. Aku cakap kat Jamal kita pelan-pelan kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jangan kelam-kabut atau erti kata untuk elakkan terkena EMS.

“Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yang teramat. Aku ckp kt Loe aku perlu ‘mountain jacket’ pada porter Gopal dan Loe beri ‘gloves’ untuk aku pakai.

“Loe terus jalan dulu untuk ‘inform’ porter Gopal hantar ‘mountain jacket’ aku. Cuaca bertambah sejuk lagi bila kabus mula turun dan ABC dah tiada dalam pandangan.

“Jika sebelum ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tapi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakan macam baru lepas lari 100meter.

“Ini semua sebab oksigen yang semakin nipis. Memang gila tapi aku tak gila, aku tak pernah ada rasa putus asa atau kesal dan aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku.

“Wife dan yang lain semuanya dah sampai cuma aku dan Jamal jer. Aku terasa panik bila aku tengok Jamal dah mula macam nak muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dan tiba-tiba berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.

“Aku berhenti amik nafas yang dalam. Porter Raj datang bertanya aku ok tak? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia untuk aku pakai dan beri aku air halia suam dan coklat.

“Dlm perjalanan porter Raj ckp nourish on ‘walkie-talkie’ nak cakap dengan aku. Wife aku cakap ‘sayang you can do it’ aku jawab ‘I will be there’ tapi dia bunyi dalam kebimbangan sebab aku tanpa ‘mountain jacket’ dn suhu smakin lama smakin sejuk.

“Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lepas tu porter Milan dan porter Purna sampai dengan ‘mountain jacket’ dan bantu aku jalan menuju ke puncak impian yang hanya 100 meter di hadapan.

“Saat-saat terindah itu akhirnya smpai jua. Isteri menyambut aku di gerbang itu. Keadaan yang berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba-tiba terbuka menyambut kedatangan aku.

“Begitulah kebesaran ALLAH SWT. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Saat ini ABC hnya lbih kurang 200meter dri pandangan dn salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lgi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lps salji terhenti keadaan jdi sejuk dn dpt aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku ckp kt Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dn Loe beri gloves utk aku pakai. Loe terus jln dulu utk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan. Jika sblom ni setiap 10langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3langkah aku berhenti amik nafas. 3langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku. Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg  bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah.  Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

IKLAN

Serius memang MH kagum betul bila membaca kisah Amy Search ini. Dia berjaya membuktikan bahawa umur bukanlah satu penghalang untuk mengejar impian. Syabas dan tahniah MH ucapkan kepada Amy Search.

Sumber: IG Amy Search