Dunia fesyen antarabangsa hari ini berduka dek kematian pereka fesyen, Virgil Abloh. Mendiang yang berusia 41 tahun merupakan pengasas dan pemilik jenama Off-White menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2021 akibat penyakit kanser yang sudah lebih dua tahun dideritai.

Menurut muat naik di alam Instagram miliknya, Virgil meninggal dunia disebabkan sejenis kanser yang jarang berlaku dan agresif, cardiac angiosarcoma. Mendiang dikhabarkan menjalani pelbagai rawatan yang mencabar dan dalam masa yang sama menerajui beberapa institusi penting yang merangkumi fesyen, seni dan budaya.

Pereka Fesyen Terkenal, Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanser. Selebriti Antarabangsa Berduka
Sumber gambar: Aljazeera/Benoit Tessier/reuters

Virgil dianggap seorang pereka fesyen yang banyak mengubah landskap dunia fesyen antarabangsa. Dia merupakan pereka fesyen pertama keturunan Afrika-Amerika diberi kepercayaan untuk mengemudi koleksi lelaki bagi jenama terkenal Louis Vuitton.

Mengukuhkan lagi posisinya sebagai pereka fesyen berpengaruh, pada tahun 2019, dia dilantik sebagai ahli lembaga pengarah The Council of Fashion Designers of America (CFDA).

Memilih untuk tidak mengumumkan mengenai penyakitnya kepada umum, berita kematiannnya umpama satu kejutan buat ramai pihak terutamana selebriti-selebriti Hollywood yang pernah berkerjasama dengannya.

Pereka Fesyen Terkenal, Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanser. Selebriti Antarabangsa Berduka
Hailey menggayakan busana perkahwinan rekaan Virgil. Sumber foto: Instagram Hailey

Selebriti seperti Hailey Bieber, Gigi Hadid dan Pharell mengambil peluang untuk memperingati mendiang dengan memuatnaik memori mereka bersamanya di laman Instagram.

IKLAN

Hailey Bieber yang merupakan isteri kepada Justin Bieber misalnya, berbicara soal kebaikan Virgil dan momen manis saat dia mengayakan busana perkahwinan yang direka oleh pereka fesyen itu. Kongsinya,“Virgil benar-benar mengubah cara saya melihat gaya jalanan dan fesyen, cara dia melihat sesuatu memberi inspirasi kepada saya secara mendalam.

Pereka Fesyen Terkenal, Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanser. Selebriti Antarabangsa Berduka

“Saya tidak akan dapat menyatakan sepenuhnya betapa bersyukurnya saya kerana mengenalinya dan bekerja dengannya, daripada berjalan dipentas runway jenamanya sehinggalah ke permintaan dia mereka gaun pengantin saya dan semua detik menakjubkan lain di antaranya, saya rasa dia sentiasa mempercayai saya saya .

Dia adalah seseorang yang sentiasa membawa kehidupan, karisma, cinta dan keseronokan dalam apa jua keadaan dan dalam setiap bilik yang dia masuki. Minda yang sangat kreatif dalam generasinya yang sangat jarang berlaku dan saya tidak akan melupakan impak yang dibawa olehnya. Kami sayang awak Virgil.”

IKLAN
Pereka Fesyen Terkenal, Virgil Abloh Meninggal Dunia Akibat Kanser. Selebriti Antarabangsa Berduka
Sumber foto: Instagram Gigi Hadid

Memetik pula kata-kata Gigi Hadid mengenai Virgil. Kongsi supermodel terkenal ini, “Kebaikan dan kemurahan hatinya yang bertenaga meninggalkan kesan abadi pada setiap kehidupan yang disentuhnya— dia membuatkan semua orang berasa dilihat dan istimewa.”

Manakala penyanyi Pharrell pula meluah kesedihan, “Hati saya hancur berkecai. Virgil anda seorang yang baik, murah hati, genius dan kreatif yang bijak.”

Virgil meninggalkan seorang balu, Shannon Abloh dan dua orang anak, Lowe Abloh dan Grey Abloh. Shannon merupakan seorang pengurus program di Monster. Dia dan Virgil mula bercinta ketika dibangku persekolahan lagi dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

Sumber: Instagram Virgil Abloh, Hailey Bieber, Pharrell dan Gigi Hadid

IKLAN

+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI