Categories: Hiburan

Perbodohkan Pelancong, Pemandu Grab Dikecam Netizen

Share

Kebelakangan ini ada sahaja cerita yang kurang enak kita dengar mengenai pemandu grab mahupun uber.

Kali ini ada lagi cerita yang kurang enak berlaku apabila seorang pemandu Grab telah dikecam netizen apabila dia telah memperbodohkan pelancong daripada China yang menaiki keretanya.

Kejadian ini tular setelah video lelaki tersebut tersebar di media sosial dan ia menjadi hangat apabila lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak difahami oleh pelancong dari China tersebut.

Pelancong yang tidak memahami setiap maksud percakapan pemandu lelaki tersebut hanya tersenyum kerana menyangkakan pemandu lelaki tersebut melayan mereka dengan percakapan yang mesra malah mereka juga turut melambai sambil memberikan senyuman kepada kamera apabila lelaki tersebut menyuruh mereka untuk melambai.

Sungguh tidak sopan ayat-ayat yang keluar daripada mulut pemandu lelaki tersebut. Seharusnya kita perlu menunjukkan adab yang sopan kerana itu adalah nilai-nilai yang telah diterapkan kepada seluruh rakyat Malaysia semenjak dari kecil lagi.

Video yang tersebar ini telah pun mendapat komen-komen daripada netizen yang meluahkan rasa marah mereka terhadap pemandu tersebut.

Zaini Hamid: Dia lebih teruk daripada binatang. Memalukan bangsa. Tidak kelakar dan dia sepatutnya menerima tindakan diatas perbuatan yang dilakukan ini.

Rosmawati Ismail: Ini nama dia kurang didikan daripada mak bapak dia. Apa ingat lawak ke buat macam itu. Macam sampah dan betul-betul memalukan bangsa.

Johar Bin Sanudin: Teruk benar akhlak budak ini. Ada tiga benda dia khianati yang pertama maruah negara, kedua maruah bangsa dan ketiga yang paling penting tercemarnya syiar islam.

Diharapkan kejadian yang berlaku ini akan menjadi iktibar buat pemandu lelaki tersebut agar menjaga setiap percakapannya selepas ini dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh memburukkan diri sendiri.

Sumber: Friends of BN – Barisan Nasional

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN