“Kota Cinta ini sentiasa menjadi tempat impian utk saya lawati sejak kecil lagi. Memang impian untuk ke Paris, tak pernah bertukarlah.
“Pakcik saya, pernah hadiahkan rantai bertulis “Paris” dan since then, selalu beranganlah nak ke Paris.
“Kemudian, enam years ago, Allah makbulkan doa saya dan dapat pula pergi ke Paris dan yang paling best, dapat perform di Paris.
Ads
“Perasaan saya macam “mimpi dapat diamond pastu dapat kawin dengan anak raja” hahaha.
“Haaaa rasa bertuah sangat- sangat dan seronok. Dan bila tiba disana, saya pun mulakan perjalanan untuk mengexolore Paris dan nikmati setiap detik di Paris,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Memoir Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Asmidar kecewa kerana tidak dapat isi masa lama untuk menerokai negara popular dunia itu.
Ads
“Namun, yaaa bila saya ada experience sendiri, Paris itu, actually saya agak kecewa. Dia macam indah kabar dari rupa, bagi pendapat saya.
“Maybe sebab saya pergi atas urusan kerja, jadi rasa tak puas berjalan-jalan di paris.
“Rasa kecewa sebab tak dapat explore lama di sana. Walaubagaimanapun, saya bersyukur sebab diberi peluang untuk ke Paris.
“Memang saya tak kan lupakan, dan pengalaman ini saya akan kenang sampai bila-bila,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangn komen, rata-rata netizen turut turut memberikan pandangan yang sama selain turut berharap agar Asmidar diberikan kesempatan lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Paris.
Ads
“Sebenarnya Asmidar, awak tak keseorangan. Saya juga merasa begitu dan ramai orang lagi. Paris ada identitinya sendiri tetapi bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.
“Hi five. Me too. Will never go back to Paris.
“Memang Paris itu indah khabar dari rupa. Semua bilang begitu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Asmidar baru saja melancarkan single duet berjudul Kan Ada Setia hasil bersama penyanyi, Nami Harez yang juga menjadi runut bunyi drama Tak Sempurna Mencintaimu.
Setakat ini, muzik video lagu berkenaan telah pun meraih hampir 300,000 tontonan di YouTube.
Sumber: Instagram Asmidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled menceritakan pengalamannya sewaktu berjumpa dengan seorang pemuda berbangsa India baru-baru ini.
Menurut Aisar, pemuda berkenaan dikatakan berada sudah berputus asa dengan kehidupannya dek kerana dikelilingi dengan pelbagai masalah.
Katanya lagi, sewaktu dia berkongsi mengenai kebesaran Allah SWT, pemuda berkenaan difahamkan secara rela hati telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam.
“Seorang India masuk Islam. Saya terjumpa seorang brother India. Dia sangat sedih dengan kehidupan dia banyak masalah.
“Saya bercerita tentang kebesaran Allah dan apa sebenarnya yang kita kena buat di dalam dunia ini.
“Masyaallah Allah SWT menjentik hatinya untuk menerima agama Islam. Masyaallah sungguh nikmat kebesaran Allah SWT,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aisar turut menzahirkan rasa syukur selepas diberikan peluang untuk merasai nikmat tersebut.
Dikesempatan itu juga, Aisar turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak berhenti melakukan kerja-kerja dakwah terutamanya buat orang-orang disekeliling kita.
“Sesungguhnya pahala mengislamkan seorang sama dengan pahala 100 orang yang mati syahid masyaallah.
“Dakwahlah jiran kita kawan kita dan semua orang dan bercerita kebesaran Allah SWT,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga usaha Aisar dalam menjalankan kerja-kerja dakwah akan sentiasa dipermudahkan.
“SubhanAllah. MasyaAllah. Semoga perjalanan Abang Aisar dipermudahkan dan dimewahkan lagi rezeki ya.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu Aisar.
“MasyaAllah, syurga milik kita semua.
“Alhamdulillah, tenang je tengok,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi lebih dua minit itu telah pun meraih hampir 100,000 tontonan selepas satu jam ia dimuat naik.
Sekadar informasi, selain bergelar pelakon, Aisar juga merupakan seorang vlogger terkenal dan sehingga kini dia telah pun mempunyai lebih 450,000 pengikut di laman Youtube.
Sumber: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses dalam dunia nyanyian dan lakonan, Shiha Zikir kini meluaskan skop seninya apabila memaklumkan dia kini bergelar sebagai salah seorang barisan penyampai di stesen radio ERA FM.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir berkongsi khabar gembira itu bersama peminat di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi entri tersebut, penyanyi yang kini muncul menerusi single baru, Irama ini awal-awal lagi meminta peminat untuk tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap bidang baru yang diceburinya itu.
Difahamkan, Shiha telah mula menjalankan tugas di stesen radio berkenaan sejak Isnin.
“Thank you so much pada yg tengah dgr @era.je. Boleh jugak dgrkan kami di apps Syok tau.Jgn expect lebih2 sebab shiha just jadi diri sendiri je.
“Repost @era.je Petang-petang sentiasa berdua tapi kali ni kita kasi ekstra, biar berbunga-bunga. Perkenalkan geng baru Petang ERA, Shiha Zikir.
‘Semua barang “baek” korang boleh tapau dalam Petang ERA bersama Radin @radin_era, Danial @danialzain1 dan Shiha Zikir @shihazikir,” tulisnya
Sekadar informasi, Shiha digandingkan dengan rakan penyampai Radin dan Danial Zain menerusi slot Petang Era yang berkeudara pada setiap hari Isnin Hingga Jumaat, dari jam 4 petang sehingga 8 malam.
Meninjau di ruangan komen, para peminat turut memberikan ucapan selamat maju jaya buatnya.
“Cun lepas ni blh la rajin nk buka radio era. Haha,” tulis seorang peminat.
“wow! penyampai radio dah sekarang! Tahniah,” ucap seorang peminat.
“Yeayyyyy congrats kak ur so talented! Menyanyi, Berlakon, Menari, Mengacara, Melawak and now Radio Annoucer! So proud lebiu 3000,” puji seorang peminat lain.
“You’re crackk kakk!! Mantopppp,” antara reaksi yang tertera.
Foto: Instagram Shiha Zikir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masing-masing memuji dan tak kurang memberikan emoji berbentuk hati sebagai tanda suka, lebih-lebih lagi apabila ramai sedia maklum mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pelakon Kamal Adli tidak lama lagi.
Ini antara komen ringkas yang ditinggalkan;
“Subhanallah…. Lawanya.”
“Stunning, mekap paling cun kat Uqasha.”
“Berseri.”
“Make up macam ni nanti masa nilah, simple dan natural je.”
“Cantiknya mekap macam ni. Soft and gorgeous.”
“Kenapa cantik sangat… macam barbie.”
“Cantiknya, lain gile muka Uqasha.”
“Alhamdulillah tahniah semoga bahagia hingga ke syurga. Selamat bercinta.”
Penampilan menawan Uqasha sebenarnya adalah sebagai ‘muse’ untuk koleksi Ijab Kabul Rizman Ruzaini Bridal RTW 2021 yang dilancarkan hari ini khusus buat mereka yang bakal bergelar raja sehari.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...