Bayangkan apabila Amerika diserang satu wabak yang membunuh 98% kanak-kanak dan remaja manakala mereka yang terselamat pula didiapati mempunyai kuasa luar biasa membuatkan orang dewasa takut kepada mereka.

Seterusnya, anak-anak ini dihantar ke kem untuk mengawal kuasa mereka namun mereka dilayan seperti ‘tikus ujikaji’ oleh para saintis.

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

Kisah bermula apabila Ruby bangun satu hari ketika umurnya mencecah 10 tahun dan mendapati ‘sesuatu’ tentang dirinya berubah. Sesuatu yang lain hinggakan ibu bapanya telah menguncinya di dalam garaj kereta dan menelefon polis.

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

IKLAN

Sejak itu dunianya berubah, dia dihantar ke Kem Thurmond, sebuah pusat yang digelar ‘kem rehabilisasi’ namun menyimpan seribu satu cerita. Ruby mungki terselamat daripada wabak tersebut namun kini dia harus berjuang demi hidupnya apabila memperoleh kuasa yang dia sendiri tidak dapat kawal.

Ketika berumur 16 tahun, Ruby merupakan salah seorang ‘anak-anak istimewa’ yang paling berkuasa membuatkan dia ditakuti oleh kerajaan dan diingini oleh pihak pemberontak. Justeru itu, dia kini berada di dalam persimpangan untuk membuat pilihan, hidup atau mati.

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

IKLAN

Filem The Darkest Mind merupakan sebuah adaptasi novel bertajuk sama dan diarahkan oleh Jennifer Yuh Nelson. Turut dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Mandy Moore, Gwendoline Christie dan Amandla Stenberg.

Kepada pembaca MH yang berminat untuk memenangi barangan eksklusif ‘Limited Edition’ filem The Darkest Mind boleh ke Instagram Media Hiburan (@mediahiburanofficial) dan jawab soalan yang mudah sungguh. Siapa cepat dia dapat!

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

IKLAN

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

#PeraduanMH: Jom Tonton, Menangi Barangan Eksklusif Lagi Rare Filem The Darkest Minds!

Ikuti langkah mudah di Instagram kami di bawah…

https://www.instagram.com/p/Bm0K10xF6Bh/?hl=en&taken-by=mediahiburanofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI