Penyanyi Zaki Yamani Suka Makan Rendang Jiran Sebelah Rumah Atuk – “Tiap Kali Raya Saya Tertunggu-Tunggu…”

Share

Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.

Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.

“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.

“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.

Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.

“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.

“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN