Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.
Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.
“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.
“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Ads
Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.
Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.
“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.
“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.
Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil menjelaskan kekeliruan berhubung artikel yang mendakwa dia mahu bersara dari dunia seni.
Penjelasan tersebut dikongsikan Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram.
Menurutnya, khilaf biasa berlaku meski terkejut dengan perkara yang tersiar.
Dia bagaimanapun turut memohon maaf bersempena dengan kedatangan Syawal tahun ini.
“Khilaf itu bisa terjadi di mana-mana guys! Cuma masa baca artikel ni terkejut dan terfikir. Ada orang menyamar bagi statement ke?
“Saya sekadar nak ‘clearkan’ yang saya belum pernah bagi sebarang statement utk berundur dari industri, sekian terima kasih.
“Sempena bulan mulia dan Ramadhan bakal meninggalkan kita, saya mengambil kesempatan ini memohon kemaafan atas segala kekhilafan saya, suami serta keluarga.
“Agak-agak kalau search Rafidah Ibrahim dari Zimbabwe ada tak kat Google? #rafidahibrahim #ramadhan,” tulisnya.
Drama pendek berjudul Dodol Tak Bergula yang dilancarkan oleh stesen radio Suria FM di platform YouTube berjaya mendapat perhatian serta pujian ramai.
Menariknya, drama pendek yang dilancarkan bersempena sambutan lebaran tahun ini itu menyaksikan barisan penyampai stesen radio berkenaan tampil beraksi, di samping pelakon hebat Wan Maimunah.
Pada masa sama, ramai yang memuji kebolehan penyampai dalam melakonkan watak masing-masing, termasuk DJ Lin.
Watak antagonis yang dibawa pengendali segmen Suria Cinta itu menerima maklum balas positif penonton, atas keberkesanan watak yang dijayakan.
Melihat di ruangan, rata-rata netizen berpendapat DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkebolehan dan memiliki bakat dalam dunia lakonan.
“Meruntun jiwa betullllll paling suka lakonan Dj Lin yg antagonist, Abg Tyzo yg menjadi gagapnye, Kak Rara xyah cakap r…memang menjadi wataknya. Paling suka babak jerit BALIK yang Dj Lin ngn Anna terkejut . Terbaikkkkkkkkk,” puji seorang wargamaya.
“Terbaik semua.. DJ Lin bertukar character 360 darjah.. dari seorang yg lemah lembut, hamek kau.. devil terus.. ape pun, lakonan semua hidup,” tulis lagi seorang peminat di ruangan komen.
“Lakonan Kak Lin mmg terbaik. Tahniah Suria FM.Mantap & terbaik,” puji lagi netizen yang lain.
“Dj lin ni selain penyampai radio dia pelakon jugak ke?? Masuk ke jiwa betul lakonan dia,buat sakit hati kalau wan maimunah xpayah ckp dah mmg legend,” tulis wargamaya.
Video berdurasi 33 minit itu dilancarkan secara rasmi saluran rasmi Suria FM, pada 22 April lalu dan setakat ini telah berjaya lebih sejuta jumlah tontonan di YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan reaksi susulan dakwaan seorang ustazah yang mengaitkan ibadah umrah yang dikerjakannya sebanyak tiga kali meski tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, walaupun kenyataan agamawan itu disifatkan secara umum namun dia merasa terpanggil untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.
“Siapa orang itu nak letakkan saya ini istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan.
“Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT… nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.
“Walaupun saya seorang pendosa tapi kehidupan saya lagi islam daripada mereka yang memakai tudung.
“Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.
“Kalau saya ini tergolong dalam istidraj, saya tak buat perkara-perkara ini yang menjadi rutin hidup saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Sebelum ini, menerusi sebuah video pendek memaparkan kenyataan Ifa tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Selain itu, Ifa turut menjelaskan dengan kesenangan yang dimilikinya kini, dia boleh sahaja pergi ke mana-mana negara lain tetapi Allah telah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.
“Saya boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini untuk bercuti.
“Tapi kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di Tanah Suci… sebab saya sangat suka ke Tanah Suci berbanding dengan negara lain.
“Di sana, saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj.
“Saya pergi umrah dengan keinginan saya dan dijemput oleh Allah bukan kerana saya ada duit atau tidak… tapi atas jemputan Allah SWT.
“Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikaikan kehendak Allah?
“Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baru dalam hidup semasa membuat ibadah.
“Membuatkan saya lebih baik dari dulu dan banyak luangkan masa dekatkan diri dengan Allah,” katanya lagi.
Ifa mengakui dia sudah lali menerima pelbagai kecaman dan kritikan sejak bergelar anak seni bermula 26 tahun lalu.
“Memang saya tahu buka aurat tu berdosa besar dan benda (menutup aura) wajib. Dalam live pun saya sebut doakan saya baik-baik, InsyaAllah saya berubah ke arah itu.
“Tapi bila orang seperti saya yang jahil ini lagi seorang pendosa bagi komen, semua orang tak boleh terima apa pandangan saya.
“Terpulanglah hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan.
“Kalau orang suka pada saya, Alhamdulillah, kalau orang benci pada saya pun tiada masalah.
“Dipuji pun saya takkan terbang, dihina pun saya takkan tumbang,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.