“Penyanyi Tersohor Macam Ini Wajar Diangkat…,”- Persembahan Lagu Siapa Yang Bersalah Cetus Viral, Nyanyian ‘Live’ Ramlah Ram Buat Semua Kagum!

Share

Persembahan penyanyi senior, Ramlah Ram di pentas malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu menjadi perhatian ramai seterusnya mencetuskan tular.

Pada malam kemuncak tersebut penerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita tahun 1988 itu membawakan tiga buah lagu, Siapa Yang Bersalah, Di Ambang Pintu Kasih dan Selamat Jalan Romeo.

Lalu baru-baru ini, menerusi ruangan sosial aplikasi TiktTok, seorang penggunanya memuat naik kembali perbandingan persembahan lagu Siapa Yang Bersalah yang dibawa seca ‘live’ Ramlah pada tahun 1991 dengan versi sekarang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat tampil memberikan pujian selain turut kagum dengan kemantapan vokal dan kualiti persembahan yang ditampilkan bintang asal Johor ini di pentas ABP34.

“Sebenarnya lagu lagu lama Ramlah Ram lebih menyengat dari lagu lagu zaman sekarang ni, terbaik…high pitch tajam dan menyakinkan,iaitu lagu SIAPA YANG BERSALAH…mmg tinggi note nya..tp Ramlah Ram bawa selamba..walau pun siksa juge tu…tak pancit tu,” luah seorang warganet.

“RAMLAH RAM tetap di kelas tersendiri…tetap gah Dan live yg mantap…terbaik puas tgk psmbhan RAMLAH RAM smlm…lgu2 yg bnda tggi…syabas RAMLAH RAM…,” puji seorang peminat.

“Mmg tiada duanya..penyanyi tersohor mcm ini wajar diangkat dlm industri… Tlh lama manabur bakti wajar dihargai oleh kerajaan dgn menganugerahkan sesuatu supaya menjadi semanggat kepada artis lain dinegara ini…semuga terus menunjuk kejayaan legand Ramlah Ram,” tulis lagi seorang peminat.

Foto: Instagram Ramlah Ram

IKLAN