Penyanyi Osama Yamani ‘Hilang’ 20 Kg Berat Badan – “Ayah Sampai Ingat Saya Ambil Dadah.”

Share

Penyanyi Osama Yamani, 21, berpuas hati apabila dia kini berjaya mencapai berat badan ideal selepas dua tahun mengamalkan diet dan pemakanan sihat.

Menurut anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah itu, dia mengambil inisiatif untuk menguruskan berat badan bagi menjaga imej dan ketrampilannya sebagai seorang penyanyi.

“Dulu berat badan saya cecah 89 kilogram (kg) dan sekarang dah turun kepada 75 kg. Dulu lagilah masa awal tahun berat saya cecah 69 kg.

“Tapi terlalu kurus sangat sampaikan ayah saya sendiri cakap ‘Man, ko hisap dadah ke’ pasal terlalu kurus.

“Kalau terlampau kurus, nanti perspektif orang… mereka akan pandang background ayah saya.

“Kita faham mentaliti orang Malaysia ni… sebab tu sekarang saya kalau boleh nak maintain berat 75 kg, just nice untuk saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Osama ditemui pada majlis iftar anjuran Rusa Music dan MVM Music yang diadakan di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Bulan Ramadan yang sering dikaitkan sebagai pesta makanan bagi sesetengah orang, namun ia tidak menjadi masalah buat penyanyi berusia 21 tahun ini kerana dia kekal berdisplin menjaga diet pemakanannya.

“Sebenarnya saya amalkan pemakanan dengan mengurangkan gula dan jaga waktu pemakanan. Biasanya malam memang saya tidak makan.

“Tetapi bila bulan Ramadan, sebenarnya lagi membantu diet saya sebab waktu makan cuma sekali sahaja.

“Biasa kalau saya nak makan dalam pukul 10 malam ke atas pun saya hanya ambil makanan seperti bubur sahaja,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Osama Yamani

IKLAN