Penyanyi Lagu Kucu Kuca, Lia Aziz Sah Bergelar Isteri Pada Usia 19 Tahun

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi yang popular dengan lagu Kucu Kucu Kuca, Lia Aziz sah bergelar isteri selepas diijabkabulkan dengan pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar, 24, di Masjid Al-Amin, Puchong, Selangor pada jam 9 pagi, Sabtu.

Dengan sekali lafaz, pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Terdahulu, Lia atau nama sebenarnya, Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19, berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia sudah bergelar tunangan orang sejak Januari lalu.

Dalam hantaran tersebut, Lia mengharapkan agar perjalanan melayari bahtera rumah tangga berjalan dengan baik, selain turut berkongsi beberapa foto di sekitar majlis pertunangannya.

“Hari pertunangan, enam bulan yang lalu. Alhamdulillah, satu langkah lagi makin hampir.

“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk melangkah ke fasa seterusnya,” tulisnya.

Lia dan Arash berkenalan sejak dua tahun lalu selepas sama-sama bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama iaitu MVM Music Production.

Pasangan mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Petaling Jaya, malam ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram @terrirosa

IKLAN