Bersempena dengan sambutan Hari Coklat Sedunia, penyanyi Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain atau lebih dikenali sebagai Imran Ajmain mendedahkan satu kisah menarik.

Rupa-rupanya, penyanyi yang sinonim dengan lagu Seribu Tahun ini pernah terlibat dalam iklan komersial produk biskut kanak-kanak, jenama Ding Dang yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Jelasnya, dia mendapat tawaran berlakon iklan berkenaan kerana berjiran dengan aktor dan pelawak legenda, Mat Sentul.

Penyanyi Imran Ajmain Buka Cerita Dulu Berjiran Dengan Mat Sentul, Ditawar Muncul Dalam Iklan Ding Dang, Tora & JoJo! Penyanyi Imran Ajmain Buka Cerita Dulu Berjiran Dengan Mat Sentul, Ditawar Muncul Dalam Iklan Ding Dang, Tora & JoJo!
“Sewaktu kecil, saya bertuah dapat berjiran tetangga bersama pelakon/pelawak Mat Sentul.

“Pada dekad 80an, beliau rancak dengan produksi iklan makanan ringan yang dinikmati kanak-kanak.

“Lalu saya ditawar peluang untuk muncul dalam beberapa iklan TV produk Ding Dang, Tora, JoJo dan banyak lagi,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Penyanyi Imran Ajmain Buka Cerita Dulu Berjiran Dengan Mat Sentul, Ditawar Muncul Dalam Iklan Ding Dang, Tora & JoJo! Penyanyi Imran Ajmain Buka Cerita Dulu Berjiran Dengan Mat Sentul, Ditawar Muncul Dalam Iklan Ding Dang, Tora & JoJo!

Malah, Imran memberitahu peluang yang dimilikinya itu merupakan satu momen yang cukup indah.

“Dan kerana itu, kami di rumah tidak pernah kekurangan makanan ringan. Sentiasa ada bekalan baru, perisa baharu, mainan baharu untuk dikumpul.

“Tora datang lagi dengan…” — cogankata ini khusus buat kami sahaja dan jajanan ini diberi nama kolektif “apa apa”. Nak beli “apa apa” di kedai runcit. Hari hari nak beli “apa apa”.

IKLAN

“Sempena Hari Coklat Sedunia, saya bukan sahaja meraikan coklat tetapi kenangan makanan ringan dan iklan-iklan yang mengiringi zaman kanak-kanak kami untuk semua generasi 70-80an.

“Here’s to us! We made it to 2021. Siapa masih ingat lagi?,” tulis Imran lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Imrān Ajmaīn (@imranajmain)

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Penyanyi Imran Ajmain Buka Cerita Dulu Berjiran Dengan Mat Sentul, Ditawar Muncul Dalam Iklan Ding Dang, Tora & JoJo!

Foto: Instagram Imran Ajmain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI