Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

Share

Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly dilaporkan telah meninggal dunia pada Rabu, memetik Liputan 6.

Difahamkan, berita kematian bintang berkenaan disampaikan penyanyi Tompi yang juga sahabat penyanyi itu menerusi aplikasi WhatsApp kepada laman berkenaan.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mhn dimaafkan semua salahnya. Dia yg selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.

Glenn Fredly meninggal dunia di RS Setia Mitra kira-kira jam 6.00 petang waktu tempatan

.

Glenn menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.

Sumber: Liputan6

IKLAN