Langit tidak selalu cerah, inilah yang terjadi kepada penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting apabila dia dan rakan-rakan dirompak ketika sedang bercuti di Amerika Syarikat.
Kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan menuju Las Vegas, Nevada.
Memetik laporan CNN Indonesia, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sambalado itu berkata bahawa cermin kereta yang dinaiki mereka dipecahkan perompak.
Ekoran itu, Ayu Ting Ting telah membuat satu laporan polis di balai polis berhampiran.
Dalam laporan tersebut beberapa barangan berharga yang hilang seperti dompet dan beg tangan jenama mewah, Dior dan Chanel termasuklah beberapa kad kredit serta buku cek.
Ads
Kereta yang dinaiki Ayu dan temannya saat di Amerika Syarikat. Sumber gambar: Tangkap Layar YouTube
Barangan berharga tersebut kebanyakannya milik teman Ayu Ting Ting. Penyanyi itu berkata barangnya yang hilang tidaklah terlalu mahal, hanya beg berisi barang solekan.
“Paper bag yang hilang berisi beg dengan barang solekan dan lain- lain diambil semuanya. Untung passport dan barang-barang lain selamat.
Ads
“Beg pakaian juga seperti mahu diambil perompak namun nampaknya mereka tidak sempat untuk mencuri beg itu,” kongsinya.
Walaupun dilanda musibah, ibu kepada seorang cahaya mata itu bersyukur kerana ketika rompakan itu berlaku, dia dan teman-temannya tidak berada di lokasi kejadian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada Allahyarham Nidza Ahfam, Irni Yusnita Istihat menerima pemergian anaknya dengan hati yang terbuka.
Menurut Irni, hatinya juga reda saat telefon bimbit dan dompet anaknya ditemui berhampiran jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor.
“Bila saya dan anak bongsu menjumpai dompet dan telefon bimbit, kita sudah rasa mungkin dia sudah berada di bawah (sungai).
“Balik sahaja ke rumah selepas membuat laporan polis, saya terus solat dan berdoa ‘Ya Allah, Kau pulangkan anak aku dalam keadan sempurna seperti mana kau berikan kepadaku ketika dilahirkan’,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tujuh orang cahaya mata itu ditemui sejurus majlis pengebumian anaknya itu di Tanah Perkuburan Islam, Puncak Alam, Selangor pada Khamis.
Dia juga lega apabila jasad anaknya itu ditemukan dalam keadaan sempurna.
“Apapun yang berlaku pada ajalnya, saya tidak peduli lagi. Allah itu satu. Kalau ada yang berniat jahat. Pasti akan mendapat balasan. Tugas kita adalah reda.
“Hati saya betul-betul tenang apabila masuk ke bilik forensik dan tengok raut wajah Ahfam. Ketika saya duduk sewaktu jenazah dimandikan, saya melihat tiada satu anggota pun yang terpatah.
“Allah beri kesempurnaan seperti mana ketika saya melahirkan dia. Itu sudah cukup,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai hasil siasatan dan laporan forensik, Irni memaklumkan dia enggan terlalu memikirkan hal itu ketika ini.
“Saya tak nak fikir hal itu. Ia bukan kerja saya. Kalau polis nak siasat, silakan. Tapi saya dah reda. Doakan anak syurga saya,” akhirinya.
Terdahulu, Allahyarham Nidza telah selamat dikebumikan sekitar jam 6.30 petang tadi.
Kira-kira 300 orang hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah termasuk ibunya, Irni Yusmira dan kakaknya,yang juga penyanyi, Aufahanie, ahli keluarga serta kenalan terdekat.
Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Puncak Alam sekitar pukul 6 petang untuk disembahyangkan.
Urusan pengebumian hari ini turut disempurnakan Nazir Masjid Puncak Alam, Aiman Wafiy Roslan.
Sebelum itu, segala urusan bedah siasat terhadap jenazah selesai dijalankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, Shah Alam hari ini.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat seorang lelaki ditemui sekitar Jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini, pada Rabu.
Pengesahan itu dibuat menerusi jersi yang dipakai ketika mayat itu ditemui.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi, Syada Amzah mengakui video ucapan khas yang dimuat naik di media sosial sempena ulang tahun kelahiran kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Shila Amzah dibuat atas dasar rindu.
Menurut Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, video tersebut hanyalah ucapan normal yang sering dia lakukan buat setiap adik-beradik dan kenalan rapat.
“Kami semua rindukan dia. Sebagai adik beradik, perasaan rindu itu memang biasa. Walau baru lepas jumpa, bila balik sahaja kita sudah rindu. Lumrah darah daging.
“Video ucapan tersebut tiada apa-apa makna dan bukan untuk orang luar jadikan isu. Ia hanyalah ucapan untuk kakak saya sendiri. Itu juga cara saya menunjukkan tanda penghargaan. Tidak lebih daripada itu.
“Saya ada banyak video ahli keluarga dan rakan-rakan baik saya di telefon. Saya suka buat video sebegitu bila tiba hari jadi orang mereka. Bezanya sama ada saya kongsi di media sosial atau hantar terus ke Whatsapp,” katanya kepada MH.
Syada berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari yang berjudul Kembali yang diadaka di The Flint KL, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, perkongsian video tersebut sekaligus membuktikan hubungannya dengan pelantun lagu Patah Seribu itu masih baik dan mereka masih berkomunikasi sehingga hari ini.
“Saya ada dapat mesej balas daripada Shila. Kami memang saling berhubung. Cuma video tersebut ibarat hadiah selain daripada ucapan panjang lebar.
“Kami memang tiada masalah. Bila orang menganggap hantaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, pada saya, tak mengapalah. Orang luar tak tahu apa yang berlaku dan mereka memang tak perlu tahu,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan hantaran tersebut mempunyai maksud tersirat seperti ingin meminta bantuan kewangan, Syada menggesa individu terbabit tampil menunjukkan bukti.
“Sehingga kini, tiada siapapun yang datang berjumpa dan tunjukkan bukti tentang dakwaan mereka itu. Mereka hanya buat spekulasi. Saya tak boleh nak halang dan kawal.
“Saya tak ambil pusing pun apa yang mereka kata. Itu bukan masalah saya. Saya tak buat apa-apun, orang luar akan tetap bercakap,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia mengakui sudah hampir setahun tidak bertemu dengan kakaknya termasuk anak kedua Shila iaitu Rhea Akira yang baru dilahirkan pada Mei lalu.
“Setakat ini sudah setahun tak bertemu, kali terakhir adalah pada hari perkahwinan kakak iaitu Ogos tahun lalu.
“Saya juga belum berkesempatan jumpa anak buah sebab jadual sangat padat dan masa kami selalu bertembung,” jelasnya.
Terdahulu, Syada menuai perhatian ramai apabila memuatnaik sebuah video ucapan hari lahir yang menggabungkan koleksi gambar dan video bersama Shila.
Perkongsian tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa dia masih ditanggung Shila dari segi kewangan.
Sekitar tahun lalu, Shila terjebak dengan konflik bersama ibunya, Fauziah Sarman, Syada dan abangnya, Amir Syafiq berkenaan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.
Sementara pada April lalu, Shila yang ketika itu hamil anak kedua memberitahu belum bersedia untuk bertemu ibunya bagi mengelak sebarang gangguan emosi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syada Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.
Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobigrafi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Berdasarkan laporan, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.
Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal ini.
“Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengerjakan projek rahsia dengan MarcPlatt. Dia sentiasa membuat filem kegemaran saya… Nantikan,” kongsi Britney pada pagi jumaat
Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.
Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...