Penyanyi Aidil Maula Syukur Nikmat, Tunai Haji Pada Usia 28 Tahun

Share

Pendatang baharu industri seni suara tempatan, Aidil Maula menyatakan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibdah haji pada usia 28 tahun.

Menurut Aidil, perancangan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dua tahun lalu tertangguh susulan pandemik.

“Asalnya saya dijemput datang ke sini (Mekah) dua tahun sudah iaitu 2020. Tetapi ditangguhkan akibat Covid-19.

“Alhamdulillah hari ini sudah masuk minggu ketiga saya berada di sini dalam menunaikan ibadah haji.

“Hanya berasaskan muassasah, sedikit sebanyak saya dapat menikmati kepayahan dan kesungguhan dalam mengerjakan haji secara konservatif,” katanya.

Penyanyi lagu Pedih berkongsi perasannya sewaktu sedang berada di Mina sementara menunggu saat untuk menyelesaikan rukun haji, melotar batu di jamrah.

Dia pada masa sama berdoa, seterusnya mengharap agar beroleh haji mabrur sepanjang memberi tumpuan menunaikan setiap rukun di sana.

Selain Aidil, antara selebriti lain yang kini berada di tanah suci ialah Nelydia Senrose, Datin Seri Heliza Helmi, Rita Sosilawati dan Yana Samsudin di samping suaminya, Fadzil Zahari.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN