HomeBerita“Penyakit Ini Libatkan Saraf, Bila ‘Terkepit’ Akan Terasa,” – Tak Mahu Sakit...
“Penyakit Ini Libatkan Saraf, Bila ‘Terkepit’ Akan Terasa,” – Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Zamani Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi
Vokalis kumpulan Slam, Zamani memaklumkan dirinya kini telah pun kembali menjalani rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung selepas menghentikannya sebelum ini akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Jelas Zamani, dia juga ingin berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah berbesar hati memberikannya katil kesihatan demi keselesaan tulang belakangnya itu.
Pada masa sama, Zamani difahamkan turut menjalani rawatan tradisional sebagai kaedah alternatif.
“Sekarang ini saya dah teruskan semula rawatan seperti biasa. Saya juga ingin berterima kasih kepada sebuah syarikat ini kerana mereka telah berikan saya tilam kesihatan.
“Lagipun keadaan saya sekarang pun dah beransur baik. Saya juga ada buat rawatan tradisional. Saya jalani rawatan tersebut daripada masa ke semasa,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Gerimis Mengundang ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Slam Mentari Muncul lagi yang berlangsung di ibukota pada Rabu.
Ads
Bagaimanapun, Zamani menegaskan dia tidak mahu menjadikan penyakit tersebut sebagai penghalang buat dirinya untuk memberikan persembahan yang terbaik menjelang konsert Slam yang bakal berlangsung pada Januari depan.
“Saya tak nafikan perkara ini sememangnya akan mengganggu persembahan saya di atas pentas.
“Sebab penyakit saya ni melibatkan saraf pada bahagian tulang belakang. Bila saraf tu terkepit mesti akan terasa juga.
“Namun, saya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan. Kalau boleh, saya nak buat konsert ini sehabis baik.
“Saya nak tutup cerita sakit ini dan mahu terus positif. InsyaAllah,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Produser Esksekutif, Shiraz Project Sdn. Bhd, Shirazdeen Karim turut memberi jaminan pihaknya bergerak tapat bersama kumpulan Slam demi memastikan konsert ini berjalan dengan lancar.
“Perjalanan menuju ke konsert selalunya kami akan menjaga setiap artis-artis kami. Sebelum ini pun, sewaktu kami mengadakan konsert untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, kami bawakan guru vokal daripada Amerika Syarikat.
“Kami akan berikan segalanya untuk pastikan konsert itu nanti sukses. Selepas ini juga, kami akan bantu Zamani daripada segala aspek agar sewaktu konsert itu nanti staminanya cukup dan kesihatannya baik.
Ads
“Yang paling penting adalah buat mereka yang membeli tiket. Kita kena pastikan rasa teruja mereka setimpal dengan apa yang mereka bayar.
“Jadi, Shiraz dan Slam akan bekerjasama bagi memastikan konsert ini dapat berjalan dengan baik,” jelasnya.
Konsert Slam Mentari Muncul Lagi sepatutnya diadakan pada Januari lalu namum, terpaksa ditangguhkan disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.
Menerusi majlis sidang media itu juga, pihak Shiraz Project dan Slam mengumumkan tarikh baru konsert mereka itu bakal diadakan pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Konsert ini menawarkan harga tiket bermula RM130, RM160, RM200, RM260, RM360 dan RM700.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid bersama suaminya, Raff Yaakob menunaikan nazar dengan menyumbangkan bantuan berupa peralatan perubatan kepada dua hospital selepas dia dan keluarga kini sembuh daripada Covid-19.
Menurut Mawar, sumbangan tersebut telah diagihkan kepada Hospital Ampang dan Hospital Selayang, Selangor.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsikan beberapa keping gambar serta video menjelaskan pengalaman dijangkiti wabak sangat menakutkan.
“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas Family Mawar & Mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari Covid-19 dengan izin Allah Swt, Mawar berniat tuk sedekah keperluan2 di hospital untuk pesakit2 Covid di hospital.
“Bila dah kena baru tahu betapa serious and scary sgt. Selama ni duk baca kat socmed je.
“My brother @eddydatorashid called Hospital Selayang & Hospital Ampang untuk tanya apa yang diperlukan and within my donation budget.
“So Mawar mampu donate 15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider & 5 oximeter untuk Hospital Ampang,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama sudi memberikan bantuan.
“Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital, hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital.
“Alhamdulillah, thank you kepada kawan2 Mawar, @eyra.hazali @zoeyrahman @shahasan22 and @nurinafiqaaah @aleeyazailan@anjoulielavocah1 sebab sama2 create awareness dalam Live Mawar.
“Together we have collected another RM74k++. Thank you jugak kepada semua followers yang dah donate di Live kitorg haritu. Tak lupa jugak yang donate dari IGS Mawar.
”We appreciate it so much. Murah rezeki korang semua. Rakyat Malaysia sangat pemurah,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi Harian Metro, pelakon drama TQ Captian itu sedang berusaha untuk mendapatkan alat penghangat untuk bayi.
“Saya dah hubungi pihak hospital untuk memesan dua troli pengangkat tapi, stok itu tidak ada di Malaysia dan perlu menunggu selama lapan hingga 10 minggu.
“Untuk stok sedia ada pula, harganya adalah RM52,000. Jadi, kami sedang berbincang untuk mencari pembekal dengan harga lebih kurang RM35,000.
“Pihak hospital mencadangkan agar saya belikan satu unit troli pengangkat dan satu unit penghangat untuk kegunaan bayi-bayi, anak kepada pesakit Covid-19,” katanya yang berharap agar sumbangan tersebut dapat memberikan kemudahan pihak hospital.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikenali dengan imej cukup manis bertudung, penyanyi Nabila Razali kali ini tidak terlepas daripada menerima kritikan netizen.
Ini gara-gara perkongsian gambar di Instagram sewaktu Nabila bercuti di sebuah resort percutian mewah di Terengganu, baru-baru ini.
“Happy weekend everyone! Look how clear the water is!” tulis Nabila di ruangan kapsyen.
Walaupun berpakaian renang berlengan panjang serta bertopi menutupi rambut, rata-rata peminat dan warga maya menegur baju yang dipakainya terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.
“Kalau boleh jangan post gambar ni please. Tak manis orang tengok. Kalau boleh simpan sendiri je, jangan tunjuk kat orang lain.
“Maaf tegur, ketat sangat baju tu nampak bentuk badan.
“Sekarang punyalah banyak swimming suit cantik-cantik, ni pakai macam ni, upload kat IG. Dah sah-sah la kena kecam sebab awak tu artis bertudung.
“Itu pakai tudung tak tu?
“Cover leher tu pretty,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 30, mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menyertai program Akademi Fantasia pada 2013.
Antara lagu-lagu hits Nabila adalah seperti Peluang Kedua, Pematah Hati dan Vroom Vroom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Anna Jobling kerana telah diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 yang...