Kontroversi yang melibatkan hero dan heroin drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz dan Afifah Nasir nampaknya macam semakin berlarutan.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pada 31 Julai yang lalu Aliff dan isterinya Bella Astillah telah membuat satu sidang media untuk menjelaskan bahawa Aliff tidak memukul isterinya seperti yang dihebohkan di media sosial.

Dalam sidang media tersebut juga Aliff telah memohon maaf secara terbuka bahawa dia mengaku akan kesilapan yang telah dilakukan dan menjelaskan bahawa dia keluar bersama Afifah ke pusat karaoke tersebut adalah bukan kerana urusan kerja.

Isnin lalu bersamaan 7 Ogos, Afifah tampil untuk menjelaskan situasinya pula dalam satu sidang media

Afifah menyatakan permohonan maafnya kepada isteri Aliff di sidang media tersebut dengan mengaku kesilapannya atas apa yang telah berlaku dan dia mengatakan Bella tidak bersalah dalam hal ini.

Menurut sumber di portal-portal hiburan pula, Afifah menjelaskan bahawa dia bukan orang ketiga seperti yang didakwa dan dia tidak berminat dengan suami orang.

Katanya lagi, dia merasakan seperti dianiaya oleh pihak produksi drama tersebut kerana semua yang berlaku ini adalah rancangan mereka untuk memudahkan kerja.

Ads

“Saya menjadi mangsa pihak produksi yang mahu saya bersikap baik dengan Aliff sepanjang sesi penggambaran drama tersebut.

 

“Saya seperti dianiaya. Semuanya dirancang untuk pihak produksi memudahkan kerja namun apabila hal begini sudah terjadi, saya seorang sahaja yang menjadi mangsa,” jelas Afifah.

Pun begitu, dia turut meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri kerana tidak membantah setiap rancangan dan terlalu mengikut kata orang.

“Niat saya hanya mahu memudahkan kerja. Bayangkan, penggambaran yang sepatutnya berlangsung selama sebulan, berpanjangan selama dua bulan dan sehingga kini, masih belum selesai,” ujarnya lagi.

Semalam kecoh pula tentang pihak produksi telah memberi kenyataan yang menafikan dakwaan tentang menyuruh Afifah memujuk Aliff di media sosial.

Pengarah drama tersebut, Mansor Akob telah menafikan dakwaan Afifah itu yang kononnya dipergunakan oleh pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerena Aliff.

Menerusi Harian Metro pula, Mansor atau lebih dikenali sebagai Manchi mengatakan pihak produksi tidak pernah memberikan arahan dan perancangan sebegitu.

Ads

“Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

 

“Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya.

Terbaru, di akaun Instagram milik Afifah, dia telah memuat naik sebanyak tujuh video rakaman bersama pihak produksi bagi menjelaskan isu penafian yang katanya mereka tidak menyuruh Afifah untuk memujuk Aliff.

Dalam rakaman video tersebut, pengarah drama tersebut mengatakan dia telah menafikan tentang rancangan homestay yang telah mereka bincangkan kerana selepas perbincangan dilakukan sesama mereka, rancangan itu dirasakan tidak efektif lalu mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya.

Manchi juga berkata bahawa dia menafikan hal lain bukan seperti yang heboh di media sosial semalam tentang menafikan Afifah disuruh memujuk Aliff.

Nampaknya kontroversi ini menjadi semakin panjang dan sukar untuk difahami. Jadi siapa yang betul ni? Aliff, Afifah atau pihak produksi?

Ads

Anda fikirlah sendiri jawapannya kerana kami juga tiada jawapan untuk perkara yang sedang berlaku ini. Apapun kami di MH Online mendoakan agar permasalahan yang sedang berlaku ini berakhir dengan cara yang baik.

Sumber: Harian Metro & Instagram Afifah Nasir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI