Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada di posisi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer Ajai menjelaskan mengenai konsep penjurian terbaharu bagi program hiburan berkenaan.
Menurut Siti, barisan juri termasuk juri jemputan mempunyai kesempatan untuk menukar turun naik markah bagi setiap peserta sejurus persembahan.
Mekanisme tersebut dilakukan sehinggalah markah muktamad yang tertera ‘dikunci.’
“Di Big stage, konsep penjurian baru bila para juri diberi peluang untuk menukar markah mereka ikut tempoh persembahan peserta sehingga lah kita ‘lock’ markah terakhir.
“Mereka nak penonton lihat turun naik pemarkahan yang dibuat. Saya pula biasanya lepas ambil kira komen juri-juri yang lain akan terjadilah pertukaran di saat akhir,” jelas Siti dalam satu hantaran yang dikongsi di Instagram.
Ads
Tampil memberikan pencerahan, penyanyi lagu Anta Permana ini turut berkongsikan video kandid ketika sesi pemarkahan dilakukan.
Malah Siti turut mengakui penilaiannya mungkin berbeza di antara barisan panel juri lain dan ia berdasarkan kepada pengalamannya dalam dunia seni.
“Ni la keadaan bila nak kena ‘lock’ markah terakhir tu. Bukan senang ye, ambil kira setiap sudut.
“Penilaian saya berbeza dengan yang lain mengikut pengalaman saya. Semoga peserta semua terus tingkatkan kualiti nyanyian & persembahan untuk minggu seterusnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Ads
Selain Siti Nurhaliza dan Ajai, juri pedas dan presiden netizen masih diisi penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sementara Aina Aibdul diundang selaku juri jemputan, Ahad lalu.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Pelakon Annie Arifin, 40, terkilan dengan tindakan produser susulan isu hangat membabitkan sebuah filem lakonannya, baru-baru ini.
Annie mendakwa, produser filem Vik2ria Secret, Richard Ung pernah memberi cadangan menyebarkan gosip skandal atau kahwin dengan pelakon dan pengarah, AR Badul, tetapi tidak dipersetujuinya.
“Dua tiga bulan lalu, Richard beri cadangan gosip ini, tetapi saya tak setuju. Kesannya bukan sedikit untuk saya dan keluarga tanggung malu.
“Sejak awal, saya tolak dan marah-marah. Sampaikan saya pernah ugut nak saman jika cerita peribadi dan gosip bukan-bukan keluar.
“Bagaimanapun, saya terkejut bila gosip nikahi AR Badul tersebar sehari selepas malam gala filem, minggu lalu.
“Tentulah saya amat kecewa. Lebih membuatkan emosi tertekan bila tidak henti terima panggilan ahli keluarga, rakan dan orang kampung bertanyakan isu kahwin dengan pengarah lagenda ini,” katanya.
Annie mendakwa, lebih membuatkannya rasa terkilan Richard sudah berjanji isu peribadi tidak akan jadi bahan disensasikan.
“Bila gosip ini timbul, tentulah orang pertama yang saya terdetik adalah Richard. Sebabnya, ini adalah ideanya sejak awal lagi.
“Sebenarnya AR Badul pun tidak bersetuju ketika perbincangan dilakukan. Richard sendiri beri jaminan akan halang atau tukar topik jika isu peribadi ditanya.
“Namun, saya lihat video yang keluar di media sosial, Richard tidak pula cuba menghalang ketika gosip ini diajukan.
“Mana janjinya? Saya masih menyimpan tangkap layar perbualan dengan Richard yang memberi jaminan akan menghalang jika isu skandal dan nikah kahwin ditanya, tetapi kenapa tak buat?,” katanya lagi.
Annie menambah, bukan sekali dua pesanan diberikan kepada Richard tetapi banyak kali.
“Apabila filem nak keluar, saya lebih kerap ingatkan Richard, jangan sesekali keluarkan kisah peribadi, apatah lagi, gosip skandal atau berkahwin dengan AR Badul yang pernah berkali-kali dirancang sebelum ini.
“Sebelum ini, saya pernah bertikam lidah dengan Richard ketika dia memberi cadangan nak buat gosip sensasi kononnya nak naikkan nama saya.
“Saya tak izin dan tak suka cerita mengaibkan. Kalau saya nak buat gosip sensasi sejak dulu lagi bukan pada usia 40 tahun dan ada anak.
“Sudah 10 tahun bergelar pelakon dan tak pernah terpalit isu skandal atau gosip tak masuk akal.
“Saya jadi pelakon bukan nak kejar nama atau glamor, hanya nak cari rezeki buat keluarga,” tambahnya.
Ujar Annie, dia tidak dapat hadir pada malam gala disebabkan bapanya sakit di kampung.
“Sepatutnya saya hadir malam gala, takkan saya tak beri sokongan filem pertama yang menampilkan saya sebagai watak utama.
“Tapi, beberapa hari sebelum malam gala, saya terima panggilan bapa sakit di kampung. Saya bergegas pulang ke kampung di Kedah, jadi tiada isu saya nak boikot filem ini.
“Richard tahu bapa saya sakit, malah beri keizinan saya tidak hadir malam gala. Sedihnya, bapa tengah sakit ketika gosip kahwin ini tersebar, kecoh satu kampung. Mana saya dan keluarga nak letak muka?,” katanya lagi.
Annie mendakwa, tindakan produser itu satu penganiayaan terhadap dirinya.
“Saya anggap ia disengajakan. Kenapa saya cakap disengajakan kerana Richard mahupun AR Badul tahu saya tak izin dan tak suka.
“Kenapa tak halang, sedangkan berjanji akan halang dan tepis persoalan gosip atau cerita peribadi?
“Richard bukan hanya berjanji di hadapan AR Badul, malah rakan-rakan saya juga ada mendengarnya sebagai saksi.
“Jadi, saya tampil buat kenyataan bukan mahu buat kecoh, sebaliknya nak bersihkan nama. Saya nak tegaskan, saya tak pernah ada skandal atau berkahwin dengan AR Badul.
“Kami hanya bekerjasama dalam filem Vik2ria Secret arahannya. Saya anggap AR Badul sebagai guru. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan saya sangat berterima kasih dan menghargainya,” katanya.
Sehubungan itu, Annie mohon Richard membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu ini.
“Saya betul-betul malu dan rasa dianiaya. Ini bukan gimik atau isu nak lariskan filem, ini soal maruah saya. Jadi, saya mohon Richard buat permohonan maaf secara terbuka dan tampil berbincang untuk selesaikan isu ini.
“Saya beri tempoh seminggu. Jika tiada apa-apa tindakan, saya akan rujuk pada peguam untuk tindakan susulan. Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak pada Khamis lalu,” katanya lagi.
Terdahulu, Annie memegang watak utama dalam filem terbitan Sheunik Sdn Bhd itu.
Selain Annie, filem yang menemui penonton di pawagam sejak Khamis lalu itu turut dibintangi Ropie, Man Raja Lawak, Che Mat, Fiza Halim, Wan Gegau, Amaris dan Fared Adnan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepupu Neelofa, Noor Cahaya ada meluahkan rasa terhadap situasi yang berlaku terhadap anaknya, Sameera atau Noor Sameera Mohd Nazlee yang telah disahkan positif COVID-19.
Baru mencecah usia kira-kira tujuh bulan, kanak-kanak comel itu menjadi pesakit paling muda positif COVID-19 setakat ini, sebagaimana yang dikongsi ibunya menerusi satu entri Instgram yang dikemas kini.
Sambil menyatakan rasa sayang dan sentiasa bersama-sama permata hatinya itu, Cahaya turut menjelaskan Sameera bagaimanapun tidak alamisebarang simptom.
“Oh my heart. I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough, we will fight this together sayang … mummy will always be here for you.
“Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough. she’s perfectly healthy.. unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon individu yang ada mengunjungi negara luar supaya menjarakkan diri dengan ahli keluarga selain melakukan ujian saringan.
“Dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier.
“Be safe everyone ! and stay home. Please keep my baby girl and my family in your Doa,” pohon Cahaya.
Terdahulu menerusi Berita Harian, Neelofa turut memohon orang ramai berdoa agar anak sepupunya itu segera sembuh.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu hal yang bukan mudah, bekas hos MeleTop itu juga mengharapkan agar Cahaya kuat berdepan ujian.
“Saya harap sepupu saya kuat daripada segi mental dan emosi untuk berhadapan ujian ini. Bukan mudah untuk duduk berasingan dengan bayinya itu dan seorang lagi anaknya.
“Sudah tentu dia risau mengenai anak-anak. Tiada apa yang kita boleh buat selain berdoa.
“Berdoalah agar bayi ini sihat. Saya harap semua ini akan berakhir, tidak lama lagi,” katanya seperti yang dipetik.
Neelofa turut memberitahu, ujian terhadap ahli keluarga semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupunya itu.
Foto : Instagram Noor Cahaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penulis novel serta penerbit, Siti Rosmizah Ismail, 51, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disahkan positif Covid-19.
Berita itu dikongsikan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.
“Mohon sahabat-sahabat serta semua yang mengenali Siti Rosmizah sama-sama untuk doakan dia kembali pulih daripada penyakit Covid-19.
“Dia kini berada di ICU dan dalam keadaan kritikal. Mohon doakan dia ya,” tulis penggendali (admin) di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, beberapa selebriti turut meluahkan simpati serta mengharapkan Rosmizah akan kembali pulih seperti sedia kala.
"Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?"
Demikian antara reaksi peminat yang terkeliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan...