“Penghormatan Buatnya Kerana Meninggal Akibat Wabak,” – Jasmin Hamid Kongsi Video Pengurusan Jenazah Mangsa Covid-19

Share

Pelakon Jasmin Hamid berkongsi rakaman video pendek yang menunjukkan bagaimana tatacara pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak jangkitan Covid-19.

Menerusi perkongsian terbabit, kakitangan tersebut menyatakan jenazah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 dan berdoa agar Allah SWT memberikan ganjaran syurga buatnya.

Jelasnya lagi, disebabkan arwah meninggal kerana wabak, mereka tidak dapat menyempurnakannya mengikut pengurusan jenazah yang biasa.

Jenazah dimandikan dengan tayamum. Tambahnya lagi, ia merupakan satu penghormatan buat jenazah kerana meninggal dunia akibat jangkitan wabak dan akan dikebumikan sebagai para syuhada.

“Semoga hamba-hamba Allah yang di jemput pulang menemuiNya di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB dan mendapat Husnul Khatimah. ALLAH MAHA PENGAMPUN,” kongsinya.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”

Foto : Instagram Jasmin Hamid

IKLAN