Pengasas Dnars, Faziani Rohban Maut Kemalangan Di Pattani, Thailand

Share

Dukacita apabila dimaklumkan, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, maut, dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, suaminy, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, turut dilaporkan cedera.

Kejadian itu disahkan adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, selepas dihubungi suami mangsa, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Foto: Instagram Faziani Rohban

IKLAN