Pengarah Filem Aquaman Kelahiran Malaysia, James Wan Umum Tunang Pelakon The Nun, Tahniah!

Share

Tahniah diucapkan buat pengarah filem Hollywood kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan telah mengumumkan pertunangannya melalui Instagram dan Facebook miliknya hari ini.

“Saya telah bertunang dengan gadis yang menakjubkan serta cantik ini!” katanya ringkas.

Pengarah yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem terbaru arahannya Aquaman,  memilih Ingrid Bisu sebagai teman hidup.

Memetik Awani, pasangan berkenaan telah bertunang kira-kira lima bulan lalu.

Bagaimanpun Ingrid menerusi Instagram pula memaklumkan, dia terpaksa merahsiakan berita tersebut sebelum ini.

“Akhirnya hari ini, secara rasmi saya mengumumkan bahawa kami telah bertunang,” katanya pula.

Difahamkan, Ingrid merupakan gadis kacukan Jerman-Romania dan berkebolehan  bertutur dalam empat bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Jerman dan Latin.

Ingrid juga bukan calang-calang wanita kerana dia yang juga merupakan seorang pelakon pernah tercalon dalam beberapa anugerah berprestij dunia, termasuk Anugerah Oscar, selain turut beraksi dalam filem seram, The Nun.

Foto: Instagram James Wan

IKLAN