Pengarah Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia

Share

Menerusi laman Instagram Raja Azmi, dikhabarkan pengarah terkenal, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan Allahyarham sedang dalam pembikinan drama terbaru, Pesan Pada Hati.

Menerusi ruangan komen di Facebook, bekas kru produksi, Diana Ruslee mengatakan arwah meninggal dunia ketika dalam tidur.

Sepanjang kerjaya, allahyarham telah mengarahkan beberapa drama dan filem popular antaranya Ariana Rose, Sebenarnya, Saya Isteri Dia, Kayangan dan Hati Bukan Kristal.

Al Fatihah.

IKLAN