Pengarah Animasi Tom & Jerry Meninggal Dunia

Share

Pengarah animasi popular Tom & Jerry, Gene Deitch dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 di kediamannya, Prague, Republik Czech.

Berita dukacita ini turut disahkan oleh penerbit siri berkenaan, Petr Himmel, walau bagaimanapun punca kematiannya belum dilaporkan.

Selain popular menerusi animasi Tom & Jerry, Deitch juga terlibat sebagai pengarah untuk siri Popeye The Sailor.

Mendiang turut memenangi Academy Award pada 1960 untuk filem animasi pendek berjudul Munro.

Pada 2004, dia menerima pengiktirafan Anugerah Winsor McCay atas sumbangan sepanjang hayat dalam bidang animasi.

Sumber : MS News

IKLAN