“Pengalaman Yang Dah Lama Tak Dirasakan,”- Alyah Terharu Satu Pentas Dengan Misha Omar & Dayang Nurfaizah

Share

Penyanyi, Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliyah Abu Hasan telah meluahkan rasa terharu dan gembira di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Alyah, dia bergandingan mengadakan persembahan bersama rakan penyanyi, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah bagi sebuah program televisyen.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu, dia berasa sangat gembira apabila berpeluang untuk membuat persembahan bersama dengan rakan penyanyi seangkatan.

“Me and my friends…Lama tak 1 stage dgn korang Terima kasih utk pengalaman yg dah lama tak dirasakan… @mishaomar @dayangsayangkamu,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat gandingan mereka bertiga yang mantap ketika membuat persembahan.

Sekadar informasi, mereka bertiga telah berganding bersama membuat persembahan untuk Konsert Kitak Nang Steady yang berlangsung di UNIMAS, Sarawak pada Ahad lalu.

Ia turut ditayangkan secara langsung di TV2.

Foto : Instagram Alyah

IKLAN