Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya dapat memeluk erat anak-anak erta isterinya sejurus mereka selamat menjalani 14 hari tempoh kuanratin.
Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagram.
“Alhamdulilah syukur harini saya dapat jugak hantar keluarga saya untuk potong gelang.
“Jujur saya cakap memang terkejut sebab kami tak pernah pergi potong gelang, so ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup saya sekeluarga.
Ads
“Kalau korang nak tahu apa yang berlaku. Korang boleh pergi ke channel youtube ShukChannel.
“Video ni lebih panjang dan menarik.#shukChannel,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Terdahulu, Rossa dan kedua-dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah awal Oktober lalu.
Video: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dikritik gara-gara dikatakan berkongsi tips mencuci semula topeng muka pakai buang, pelakon senior, Sheila Mambo akhirnya tampil menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.
Menurut Sheila, perkongsiannya itu hanyalah sebagai salah satu langkah alternatif terutamanya buat mereka yang mempunyai akses yang terhad terhadap penggunaan topeng muka.
“Ok biar saya jelaskan niat saya sebenarnya. Saya nak menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pada orang yang saya tak kenal takut nanti mengaibkan mereka.
“Jadi secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik, sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask diaorg kotor sangat-sangat.
“Dah tak nampak warna putih (Malah saya juga pernah beri mask yang saya selalu bawa extra pada orang yang kadang-kadang org tua, pakai mask yang 1 lapis, ada yang getah dah putus. Ada yang anak ramai tapi yang pakai hanya dua anak, yang dua lagi tiada kata ibunya tak cukup.),” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Sheila lagi, selepas memuat naik video tersebut, dia meluahkan rasa syukur kerana ramai yang menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memberikannya ‘reusable face mask’.
“Its just a General Education”
Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yang dm saya nak bagi mask percuma yang boleh pakai cuci.
“Allahuakbar. Rupanya ramai manusia yang sangat tinggi budi dan keperihatinan mereka. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah permudahkan segala urusan semua.
“Jangan kritik, kutuk atau cemuh saya. InshAllah kita doa semoga Covid19 pergi terhapus,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap penjelasan yang dibuat oleh Sheila itu.
Semalam, pelakon tersebut ada memuat naik sebuah video berkongsi bagaimana caranya untuk mencuci semula topeng muka yang baru dipakai tidak sampai dua jam.
Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang dilihat kurang bersetuju dengan cara yang ditunjukkan oleh Sheila itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.