Aduh MH sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa beauty blogger Faafirds yang baru-baru ini berkongsi kisah paling tidak boleh dilupakannya ketika berada di kota romantik, Paris!

Melalui video tersebut, Faa menceritakan momen ngeri itu apabila hari pertama tiba di Paris suaminya hampir dirompak oleh penduduk di sana ketika di dalam kereta api.

Menurutnya melihat tangan lelaki tersebut telah ‘masuk’ ke dalam beg poket suaminya, dia segera menjerit! Namun tiada siapa yang membantunya.

Bukan itu sahaja, Faa juga terpaksa berdepan dengan situasi didiskriminasi penduduk dan masyarakat di sana apabila melihat wanita berhijab berlegar-legar di negaranya.

IKLAN

Faa turut berkongsi pengalamannya dipaksa menanggalkan tudung sekirannya ingin menaiki permainan roller coaster di sebuah taman tema.

Bagimanapun Faa menegaskan tidak akan pernah membuka tudungnya walau di didiskriminasi oleh mana-mana pihak di Paris.

IKLAN

IKLAN

Aduh MH simpati betul dengan nasib yang menimpa Faa, tetapi kami juga tidak nafikan di sana memang agak ‘bahaya’ sekirannya berjalan seorang diri.

Pergh memang trauma betul kalau jadi pada kita sendiri kan?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI