Pengacara, Reem Shahwa Selamat Bersalin, Sepakat Pilih Nama Leo Idris Mowson

Share

Pengacara dan penyampai radio, Reem Shahwa berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 25 April yang lalu.

Menurut Reem, hatinya sebelum ini tidak pernah merasai kegembiraan seperti ini saat dikurniakan cahaya mata pertama.

“Leo Idris Mowson. He joined us earth side on 25th April 2021 at 10.34pm and my heart has never been fuller.

“We’re freaking parents @jakemowson! For now let’s just focus on not dropping him. Wish us luck,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh pengacara yang sinonim dengan racangan berkaitan bola sepak terbitan Stadium Astro itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Dikesempatan itu juga, Reem turut mendedahkan dia dan suami telah pun sepakat untuk menamakan anak lelaki mereka itu, Leo Idris Mowson.

Malah, Reem juga turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga dia dan suami dapat menjadi ibu bapa yang baik.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa teruja selain turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan buat Reem sekeluarga.

Terdahulu, Reem dan suaminya, Jake Mowson telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 4 Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram Reem Shahwa

IKLAN