Penerbit, Datuk Mokhairul Syamsul Meninggal Dunia Subuh Tadi, Al-Fatihah

Share

Pelakon dan penerbit, Mokharul Shamsul Moktar atau Asey dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Berita sedih itu telah dikongsikan awal hari ini oleh penyanyi, Salwa Abd Rahman menerusi Instagram.

Malah, makluman sama turut dikongsikan beberapa pelakon lain.

Allahyarham merupakan penerbit kepada syarikat Da Motion Media dan pernah menerbitkan filem seram, Jodoh Syaitan yang dilakonkan Soffi Jikan, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Berita kematiannya turut disahkan di laman rasmi syarikat berkenaan.

Alfatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

Foto: Instagram Salwa Abdul Rahman, Da Motion Media

IKLAN