AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang sinonim dengan pendekatannya yang berasaskan syariah, kini mengumumkan pembukaan cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu.
Diasaskan oleh Dr. Aizul Hafizi yang juga pakar perubatan estetik, bersama pendakwah terkenal Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, AiRiz Aesthetic Centre terus memperkukuhkan reputasinya sebagai pilihan utama bagi rawatan kecantikan dan estetik yang mematuhi prinsip Islam di negara ini.
Menerusi cawangan kedua yang terletak di Jalan Atas Bonggol, Kota Bharu, Kelantan ini, ia pastinya terus komited untuk menawarkan servis estetik premium kepada lebih ramai pelanggan, selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan kecantikan yang selamat, berkesan, dan patuh syariah.
PU Riz berkata, AiRiz Aesthetic Centre akan terus optimis dalam menyediakan rawatan estetik yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
“Kenapa di Kelantan? Saya tengok apa yang unik di Kelantan ini adalah kesungguhan orang ramai. Kalau macam dia nak buat satu benda itu memang ada keinginanlah.
“Kita tengok di sepanjang jalan-jalan di sini pun, berapa ramai orang Kelantan yang berniaga dan penerimaan pada perniagaan yang kecil-kecil itu mendapat sokongan baik.
“Saya rasa di Kelantan yang mana kalau ikut ‘survei’ dalam 10 hingga 15 kilometer radius dari sini, pusat estetik agak berkurangan. Jadi, dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami mahu terus fokus menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
Ads
“Malah menerusi cawangan baru ini, pelanggan juga akan dapat menikmati pelbagai rawatan kecantikan seperti peremajaan kulit, rawatan anti-penuaan, laser, rawatan pengurusan berat badan, dan banyak lagi. Kesemuanya dilaksanakan oleh pasukan profesional yang berkelayakan tinggi,” katanya.
Sementara itu, Dr. Aizul menjelaskan, kerjasama dengan PU Riz adalah untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan menyuntik elemen pendidikan agama yang penting bagi masyarakat Muslim yang ingin menjaga penampilan tanpa mengabaikan nilai-nilai Islam.
“Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap cawangan pertama. Dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu lebih ramai individu mencapai kecantikan secara sihat dan mematuhi syariah.
“Secara peribadi, sepanjang saya berniaga lebih 10 tahun lalu, memang saya titik beratkan soal keberkatan. Jadi, keberkatan dari sudut ini ialah, apa yang kita berikan kepada pelanggan itu mestilah memberikan satu manfaat.
Ads
“Bahkan, ia juga datang daripada dua aspek, iaitu kemahiran saya sebagai seorang doktor yang mempunyai sijil dalam bidang estetik dan pada masa sama dibimbing dari segi patuh syariah daripada PU Riz sendiri,” katanya.
Pembukaan cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre disempurnakan olehAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Beliau berkata, pembukaan AiRiz Aesthetic Centre yang diusahakan oleh usahawan muda dianggap sebagai satu bentuk perniagaan masa hadapan.
Ads
“Kedatangan usahawan muda, sudah tentu bakal membuka suatu bidang perniagaan yang disebut sebagai satu perniagaan masa hadapan kerana mereka berani dan mahu mengambil peluang yang begitu besar.
“Itulah yang kita harapkan kerana dalam bidang estetik ini, saya rasa kalau niat dan caranya betul, kita memang boleh pergi ke depan.
“Pembukaan pusat estetik ini di sini juga selari dengan niat kita untuk menjadikan perniagaan di Kota Lama ni sebuah lokasi perniagaan yang membahagiakan orang yang berdaya saing, kompetitif.
“Kita boleh tengoklah harganya pun kompetitifsebab ‘not everything that is good comes cheap’. Saya harap perniagaan ini yang menggabungkan satu pengkhususan kepakaran dan juga patuh syariah akan menjadikan ia sebagai perniagaan yang diberkati, insya-Allah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasminya di pawagam selepas mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ia ditayangkan di seluruh negara.
Baik Punya Ah-Long arahan Datuk Afdlin Shauki menampilkan duo komedi terkenal, JOZAN iaitu Zizan Razak dan Johan yang memegang watak ‘ah long’, menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.
Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini turut mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan para pelakon sendiri.
Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Allahyarham Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Malah kejayaan sama turut disambut oleh pelakon Liyana Jasmay yang turut bersyukur atas maklum balas positf yang diterima penonton.
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan.
Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale.
Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Biasalah akan ada yang suka dan tidak. Bagi saya, saya suka.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat sebagai mengulas pendapat segelintir pihak yang berpendapat lagu baharunya, Memerang tidak sesuai dengan usia dan statusnya sebagai isteri serta ibu kepada dua orang anak.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, bagaimanapun terbuka dengan kritikan dan mengakui dalam yang suka, pasti akan ada yang sebaliknya.
“Kalau nak kata lagu yang lebih matang, saya sudah pun lancarkan karya sedemikian sebelum ini. Bila kita keluarkan lagu yang ‘matang’, akaj ada yang tanya bila nak lancarkan lagu rancak macam Temberang dan Pencuri Hati?
“Atau pun contohnya, ada yang kata saya sesuai bawa lagu yang berentak rancak sahaja. Kita pun keluarkanlah lagu yang ada ‘vibe’ yang sama.
“Jadi kalau ada pula yang kata saya sudah boleh buat lagu yang bersesuaian dengan usia yang sudah ada anak dua, bagi saya itu suatu perkara yang subjektif,” katanya.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Pelancaran Lagu Memerang di SkyWorlds Genting, Genting Highlands, baru-baru ini.
Memerang yang dicipta oleh Ezra Kong, ialah sebuah lagu percintaan yang mengisahkan mengenai seseorang yang licik dalam percintaan dan pandai memerangkap sesiapa sahaja melihatnya.
Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadappenerimaan pendengar terhadap Memerang, Ayda percaya rezeki.
“Sudah tentulah harapan saya tinggi, perlu ‘kalahkan’ lagu Temberang atau Pencuri Hati. Tapi itu semua rezeki. Kalau kata lagu ini boleh viral, alhamdulillah. Kalau tidak, rezeki mungkin ada pada lagu lain.
“Sebab apa yang penting, saya dapat berikan apa yang peminat saya mahukan. Itu lebih utama. Malah bila selesai sahaja pelancaran ini, saya rasa sangat lega,” katanya lagi.
Dalam pada itu, muzik video lagu berkenaan turut menampilkan pempengaruh seperti Kasih Iris Leon, Ceddy dan selebriti Indonesia, Prince Gabriel di samping bintang senior, Liza Abdullah dan anak sulung Ayda, Ana Nayla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia telah selamat bersalin cahaya mata perempuan, Rabu lalu.
Bersyukur atas kelahiran anak kelima, perkara itu sekaligus meleraikan teka-teki mengenai status jantina anak bongsu pasangan selebriti itu, sebelum ini.
“Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.
“Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima,” katanya ketika ditemui pada hari pertama Siri Jejalah Suria FM Kuasa 2, di Angsana Johor Bharu Mall, Johor, pada Sabtu.
Fizz bersyukur kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Almy juga berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
“Kalau nak diikutkan, tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
“Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
“Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
“Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter,” katanya.
Sementara itu, hari pertama Siri Jelajah Suria FM Kuasa 2 di Johor Bharu menyaksikan 25 peserta telah menyertai sesi saringan KiraOke Suria.
Lima peserta terpilih ke peringkat akhir akan bersaing baru merebut hadiah utama berupa wang tunai RM3,000, hari ini.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin terharu atas sambutan baik yang diberikan pendengar, khususnya di Johor Bharu.
“Saya difahamkan ada peserta yang berjaya mara ke final hari ini sanggup datang dari Terengganu seawal 6.00 pagi semalam semata-mata nak sertai KiraOke Suria.
“Bahkan ada juga yang datang dari Kelantan dan Kuala Lumpur selain warga Johor sendiri yang sama-sama mahu rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan.
“Kami gembira dan terharu atas respon baik yang diterima. Ia sama hebat dengan sambutan hangat di pulau pinang yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu.
“Harapnya situasi sama akan berterusan atau mungkin lebih hebat apabila siri jelajah ini ke lokasi seterusnya iaitu ke Nilai dan Kelantan selepas ini. Terima kasih buat semua pendengar setia kami,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.