“Penat Cari Duit, Aku Yang Perempuan Pun Kerja,” – Staff Kedai Jadi Mangsa Pukau, Isteri Tomok Kecewa

Share

Isteri kepada penyanyi, Tomok, Ayu Abas tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah menipu pekerjanya dan melarikan sejumlah wang di kedai minuman yang diusahakannya bersama suami.

Menurut Ayu, dia dan suami telah berkerja keras mengusahakan kedai minuman tersebut untuk memberi manfaat bukan sahaja buat keluarganya tetapi juga buat masyarakat yang memerlukan pekerjaan.

“Helo scammer, aku penat cari duit siang malam tahu. Nak majukan keluarga,nak jana ekonomi negara dan nak bantu anak bangsa dapatkan pekerjaan.

“Macam itu sahaja kau ambil duit aku. Kamu sangat memalukan. Aku perempuan pun kerja tahu. Harap dapat pembalasan secepatnya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Tindakan individu tersebut sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di kedai tersebut.

Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi foto laporan polis yang telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Pagi tadi, Tomok memaklumkan pekerjanya seakan-akan menjadi mangsa pukau ketika sedang melayan seorang pelanggan pada Rabu.

Pelanggan tersebut dikatakan telah memesan minuman tetapi tidak membuat sebarang pembayaran. Lalu, dia mahu wang bakinya dikembalikan sebanyak RM87.

Jelas Tomok dia sememangnya kecewa dengan kejadian tersebut memandangkan kedai minumannya itu baru sahaja beroperasi pada bulan lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayu Abas & Tomok

IKLAN