Penangan Lagu Bekas Kekasih Tomok, Sampai Ada Maknyah Yang Kembali Ke Jalan Lurus & Akui Bodoh Pilih Jalan Songsang!

Share

Penyanyi, Tomok berkongsi satu ‘screenshot’ di laman Instagramnya berkaitan dengan komen netizen mengenai ‘single’ terbaru, Bekas Kekasihnya.

Dalam foto tersebut, dikatakan seorang bekas pondan atau ‘maknyah’ yang sangat terkesan dengan lagu yang dibawa Tomok, membayangkan ia seakan sama dengan perjalanan hidupnya.

“Apa yang disampaikan oleh abang tomok betul2 buat sya terkesan…Sya jadi maknyah 3tahun yang lalu.

“Sya x tahu kenapa sya terlalu bodoh Untuk pilih jalan songsang tu… lagu ni hampir sma dengan kisah silam sya.

“Alhamdulillah sya dah tak buat benda terkutuk tu…pernah jugaklah dulu terfikir nak ubah jantina Nasib aku masih waras untuk tidak melakukan benda tu,” tulis individu tersebut.

“Jika benar bagai dikata, alhamdulillah #bekaskekasih,” kongsi Tomok di ruangan kapsyen pula.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan lagu tersebut malah ada yang sampai menitiskan air mata.

Wow! Hebat betul ya penangan lagu ini, mesej yang benar-benar jelas hinggakan sampai kepada mereka yang menontonnya. Apa-apapun, syabas kepada Tomok.

Sebelum ini, Tomok dikecam apabila memuat naik foto dia berpakaian seperti wanita.

Bagaimanapun ‘salah faham’ tersebut telah dijelaskan oleh penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu.

Foto/Instagram: Tomok

IKLAN