Penampilan Terbaru Ben Amir Buat Peminat Cair, Cantiknya Rambut

Share

Alunan lembut rambut cecah baru yang dapat ditonton menerusi video yang dikongsikan di Instagram pelakon, Ben Amiir menerima reaksi pelbagai netizen.

Rata-rata menyatakan keterujaan melihat imej terbaru Ben Amir yang disifatkan cukup romantis dan outstanding

itu.

Malah Datin Sri Tiara Jacquelina turut memuji penampilan Ben dan menyatakan imej berambut panjang cukup sesuai dengannya.

Merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Hafidz Roshdi, lelaki berusia 29 tahun ini pernah membintangi drama popular seperti Playboy Itu Suami Aku, Suri Hati Mr. Pilot dan Spanar Jaya X.

Dia juga pernah berkongsi kebolehan bertutur dalam Bahasa Tagalog ketika bercuti di Filipina.

Jom layan beberapa keping foto terbaru Ben.

Foto : Instagram Ben Amir

IKLAN