Wow! Baru sehari ditayangkan, gandingan sulung pelakon popular Neelofa dan Alif Satar untuk drama baru berjudul Red Velvet, kini sudah terdapat lebih 12,452 entri di Instagram yang menggunakan hashtag #RedVelvetDrama.

Pastinya sebelum ini, ramai yang tak sabar untuk menunggu Neelofa untuk kembali berlakon drama, lebih-lebih lagi hampir setahun drama penuh kontroversi yang melibatkan dirinya dengan aktor Fattah Amin ditayangkan.

Malah, ada juga hashtag yang dibina untuk gandingan baru itu iaitu #Alofa seperti yang dilakukan terhadap #lofattah (Neelofa + Fattah) dan juga #fattzura (Fattah + Fazura).

Selain itu, rata-rata berkata bahawa drama tersebut bakal menjadi fenomena biarpun tanpa sebarang rekaan percintaan di luar lokasi seperti drama lain.

IKLAN

Ada juga yang membayangkan drama ini bakal menjadi fenomena seperti Dia semanis Honey dan Suri hati Mr.Pilot.

Selain Neelofa dan Alif, drama adaptasi novel Red Velvet tulisan Acik Lana ini diarahkan oleh Hadith Omar turut membariskan nama besar yang lain seperti Amira Othman, Hafidz Roshdi, Nina Nadira dan Alif Hadi.

IKLAN

Seperti sedia maklum, lakonan Neelofa dan Alif sememangnya sudah menjadi fenomena. Sebelum ini gandingan Alif dan Siti Nordiana dalam drama Dia Semanis Honey menjadi fenomena sehingga ia turut dipentaskan di Istana Budaya.

Dalam masa sama, drama Neelofa juga turut mencetuskan pelbagai kontroversi sepanjang drama itu ditayangkan.

IKLAN

Drama Red Velvet telah bersiaran semalam dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis menghiasi slot MegaDrama di Astro, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI