Peminat Terkejut Abang Brian Mata Sepet

Chef selebriti, Brian Chen tetap kekal menjadi diri sendiri biarpun bergerak aktif dalam industri seni hiburan.

Bahkan, Brian yang lebih mesra dipanggil sebagai Abang Brian ini merasakan industri seni sebagai satu platform tepat dalam berkongsi minatnya pada orang ramai.

“Sebelum ini, saya merupakan seorang akauntan bertauliah.

“Tapi, saya kemudiannya bertukar kerjaya selepas menyertai Master Chef Malaysia pada 2011.

“Program itu yang buat saya sedar betapa saya mencintai makanan dan pada masa sama menghiburkan orang,” katanya pada Media Hiburan.

 

 

IKLAN

Bukan sahaja terlibat dalam program realiti masakan, selebriti berusia 31 tahun ini juga aktif dalam bidang pengacaraan selain menjadi penyampai radio di Suria FM.

“Sebenarnya, walau dalam bidang apa pun – radio mahupun stesen televisyen – saya tetap jadi diri sendiri.

“Saya tak pernah lari daripada jiwa saya yang tetap berkaitan dengan dapur.

“Kalau di radio, saya kendalikan slot Menu Suria yang membawakan pelbagai tip dalam bidang kulinari. Begitu juga di TV, jika saya mengacarakan CJ Wow Shop, saya juga menjual barangan dapur,” katanya.

Lebih menarik, dek perwatakan yang sentiasa ceria dan mudah didekati, Abang Brian juga sangat digemari oleh pelbagai masyarakat lapisan umur.

“Saya ni memang bermulut becok, sampaikan ada pendengar yang ingat saya orang Melayu, gemuk dan berkulit gelap.

“Tapi, apabila berjumpa melalui siri-siri jelajah, mereka sendiri terkejut melihat saya yang bermata sepet (ketawa).

“Sebab itu, saya benar-benar hargai dengan setiap peluang yang diberikan,” katanya.

Pada masa sama, Abang Brian mengakui ada juga yang bertanya mengenai keinginannya untuk mendalami agama Islam.

Tambahan pula, anak muda dari Batu Pahat, Johor ini turut menjalani ibadah berpuasa, sejak tiga tahun lalu.

IKLAN

 

“Sebenarnya, ramai yang bertanya kepada saya, pernah tak terlintas untuk pelajari agama Islam dengan lebih mendalam.

“Apa yang saya boleh katakan, hidayah itu milik Tuhan. Saya tak boleh nak beri jawapan untuk soalan seperti itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abang Brian bakal terlibat dalam bidang lakonan namun semuanya masih di peringkat perbincangan lagi.

Selain itu, Abang Brian bersama barisan penyampai Suria dan selebriti popular tanah air bakal menemui peminat dan pendengar setianya sempena Jelajah Suria 10 Tahu di MITC, Melaka pada 12 Ogos ini,