Categories: Berita

Peminat Puji Kecantikan Elisya Sandha, Ada Kata Hampir Sama Dengan Neelofa!

Share

Pelakon, Elisya Sandha kian menjadi perhatian peminat meski baru beberapa tahun berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran kosmetik di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ada seorang individu yang memberikan komen dan berkata wajah bintang drama rantaian Putri Yang Ditukar itu persis seperti pengacara terkenal, Neelofa.

Di samping itu, peminat turut memuji kecantikan dan keayuan wajah Elisya.

Untuk rekod, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya telah dilahirkan pada 8 Jun 1999 di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elisya Sandha

IKLAN