“Kalau Dia Kahwin, Saya Cemburu,” – Ada Patah Hati Tengok Video Sufian Suhaimi Makan Dengan Wanita Berhijab?

Share

Nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas satu video memaparkan aksi bergelak ketawa dengan seorang wanita menjadi tular di aplikasi TikTok.

Menerusi TikTok akaun yang menggunakan nama @izzhaelmi, penyanyi berusia 30 tahun itu yang dirakam mengenakan kemeja berwarna krim dilihat sedang berborak dengan wanita yang tidak diketahui identitinya itu sambil menjamah makanan.

Video itu dipercayai dirakamkan di sebuah restoran popular di Pulau Pinang, baru-baru ini.

@izzhaelmi @sufiansuhaimi__ makan dengan siapa tu?🙈🤭 terima kasih..apapun awak memang sporting and cool. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang fresh dan berkualiti #sufiansuhaimi #terasaadasentiasaada #fyp ♬ Terasa Ada – Sufian Suhaimi

Memerhati ruangan komen, kebanyakan peminat wanita kepada penyanyi lagu Dimatamu itu secara berseloroh berkata mereka berpatah hati melihat video tersebut.

“Tadi MK (K-Clique)… ini dia (Sufian) pula. Hmm, sakit ye.

“Nampak bahagia betul Sufian sembang.

“Bahagiamu deritaku… Huargh nak layan lagu tu.

“Video atas tunjuk MK jalan pegang tangan someone, scroll bawah Sufian Suhaimi pula.

“Kalau dia kahwin, saya cemburu.

“Fuh berpatah hati la semua. Tadi MK, ni dia pula,” komen beberapa netizen.

Menerusi laporan media sebelum ini, Sufian mengakui baharu sahaja putus cinta baru-baru ini selepas tiga tahun menyulam cinta.

Penyanyi kelahiran Mersing, Johor ini juga mengakui pada usianya kini, dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sekiranya sudah menemui pilihan hati yang tepat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Sufian Suhaimi

IKLAN