Semalam, MH ada melaporkan bahawa hubungan penyanyi, Zayn Malik dan teman wanitanya, Gigi Hadid sudah berakhir apabila kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perpisahan mereka.

Namun demikian, penerimaan peminat mereka bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila rata-rata menyalahkan penyanyi ‘ Pillow Talk’ di atas perpisahan tersebut.

Peminat Marah Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Berakhir

Lebih memburukkan keadaan, nama bekas tunang Zayn, Perrie Edwards yang merupakan salah seorang ahli kumpulan, Little Mix turut disebut sama.

Apa yang MH faham, kemarahan peminat adalah kerana keadaan yang berlaku dalam perpisahan Zigi (gabungan nama Zayn dan Gigi) sama seperti yang berlaku semasa perpisahan Zayn dengan Perrie.

Peminat Marah Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Berakhir

IKLAN

Selain itu, ada juga yang mengharapkan hubungan Zayn dan Perrie dapat disambung semula setelah perpisahannya dengan Gigi ini namun ada yang berpendapat bahawa Perrie lebih baik tanpa Zayn.

Peminat Marah Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Berakhir

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan bahawa Zayn tidak layak untuk mendampingi bekas-bekas teman wanitanya itu kerana tidak pandai menjaga hati mereka.

IKLAN

Peminat Marah Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Berakhir

Wow! perpisahan mereka ini nampaknya menjadi topik hangat netizen ya. Baru bercinta tu, belum kahwin lagi…

Namun begitu, ada juga yang meninggalkan komen meminta agar Zayn kekal kuat dengan dugaan ini dan terus memberikan sokongan kepadanya.

IKLAN

Peminat Marah Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Berakhir

MH pernah dengar bahawa peminat sekarang ini fanatiknya lain macam. Ditambah pula dengan media sosial kini, mereka bebas meninggalkan komen kepada artis kesayangan.

Apa-apapun, harapnya para peminat Zigi boleh lah ‘move on’ memandangkan artis kesayangan mereka pun dah move on kan?

sumber: Twitter Zayn Malik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI