Lagu ‘Di Matamu’ nyanyian Sufian Suhami sememangnya menjadi satu fenomena di Malaysia sejak dilancarkan bulan lalu.

Apa taknya, cepat sahaja lagu tersebut trending di laman Youtube.

Mungkin sudah bosan apabila melihatkan muzik video (MV) lagu tersebut kekal gah di tangga teratas di Youtube, netizen ternanti-nanti lagu yang boleh mengacau kedudukan ‘Di Matamu’.

Setelah lama menanti, akhirnya netizen boleh menyorak gembira apabila ada MV terbaru yang berjaya merampas kedudukan lagu tersebut.

IKLAN

Peminat Lega Lagu Baru Twice Kalahkan Trending No.1 Sufian Suhaimi Di Youtube

Apa yang mengejutkan apabila lagu ‘What Is Love’ nyanyi kumpulan Twice dipuji netizen hanya kerana berjaya mengalahkan ‘Di Matamu’.

Melalui pemerhatian MH, rata-rata netizen meninggalkan komen penghargaan di ruangan komen lagu tersebut.

IKLAN

Peminat Lega Lagu Baru Twice Kalahkan Trending No.1 Sufian Suhaimi Di Youtube

Peminat Lega Lagu Baru Twice Kalahkan Trending No.1 Sufian Suhaimi Di Youtube Peminat Lega Lagu Baru Twice Kalahkan Trending No.1 Sufian Suhaimi Di Youtube

IKLAN

Agak lucu juga MH baca komen-komen tersebut. Apa lah yang korang tak suka sangat dengan Sufian Suhaimi pun MH tak faham.

Apa-apapun, asalkan korang bahagia…

Sumber:Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI