Semalam dikejutkan dengan gambar yang dimuat naik pelakon, Hairul Azreen. Foto tersebut terlihat gambar isterinya, Hanis zalikha yang telah dimasukkan ke hospital. Kelihatan Hanis seperti pucat sedang dirawat di atas katil.

Menurut Hairul juga, isterinya baru sahaja menyambut hari jadi ke-27 tetapi terpaksa dimasukkan ke Hospital.

Sayalah nurse @haniszalikha

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Tambah Hairul, Hanis terpaksa ditahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Opah cakap anak daddy baik, tak nangis pun tidur semalam masa tak ada mommy n daddy, Terima kasih Mak Abah jaga hero kami, Rasanya hari ini Hanis masih belum boleh keluar lagi, kena tinggal tiga hingga empat hari lagi,” tulis Hairul dalam perkongsian foto terbaharu.

Bagaimanapun, sebelum dimasukkan ke hospital, Hanis sempat diraikan sederhana bersama teman rapatnya di sebuah cafe.

IKLAN

Peminat Buat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil

Hairul juga meminta kepada peminta mereka agar dapat mendoakan ibu kepada selebriti cilik popular itu.

Dalam pada itu, pengikut IG juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi kepada Hanis dan mendoakan pelakon Gangster Celop itu kembali sembuh seperti sedia kala.

Disebabkan ini juga, Hairul telah memuatnaik juga gambar terpaksa membatalkan perjalanannya bersama rakan ke Bandung.

IKLAN

Peminat Buat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil

“Sorry team @ma.lead saya tak dapat pergi family first nanti balik kita main golf ok,” tulisnya di kapsyen.

Dalam masa sama juga, kelihatan pasangan popular, Johan dan Ozlyn datang melawat Hanis. Menurut Hairul, mereka akan selalu melawat sekiranya ada antara mereka yang dimasukkan ke hospital.

Peminat Buat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil

IKLAN

Namun, Hairul tidak menyatakan sebab isterinya dimasukkan ke hospital menyebabkan ada peminat membuat spekulasi bahawa Yusuf Iskandar bakal mendapat adik.

Peminat Buat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil

Terdahulu, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf yang kini genap satu tahun.

Peminat Buat Spekulasi Hanis Zalikha Hamil

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI