Tahniah diucapkan buat pelakon Tasha Shilla yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 10.37 pagi, pada Isnin.
Suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, menerusi Harian Metro mendedahkan, proses pembedahan isterinya berjalan lancar.
Malah, dia turut bersyukur apabila ibu dan anak yang baru lahir berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
Ads
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” katanya.
Ads
Difahamkan, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Ads
Untuk rekod, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengosongkan jadual kerjanya selama sebulan, penyanyi Alif Satar kini sedang bercuti di Scotland bersama isteri, Shadila Halid bersama tiga anak mereka, Alisha, Ariana dan ‘Ali.
Berkongsi momen-momen menarik sepanjang percutian itu di laman Instagram miliknya, Alif, 32, banyak memuat naik video serta gambar-gambar aktiviti mereka sekeluarga sepanjang berada di sana.
Terbaharu, penyanyi lagu Anugerah Terindah itu tidak menyangka dia dan keluarga akan bertembung dengan konvoi van yang membawa jasad mendiang Ratu Elizabeth II ketika berada di Edinburgh.
“Semalam, we left our hotel at The Gleneagles for Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tinggal kereta and walked into the city nak cari lunch.
“Sekali, tengah kami dok berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi) tengok-tengok jalan semua tutup, nak cross seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai… rupa-rupanya it was the late Queen’s coffin dan entourage,” tulis Alif.
Perkongsian Alif itu turut menarik perhatian netizen serta rakan selebriti lain yang mengatakan dia dan keluarga cukup bertuah dapat merasai sendiri pengalaman berkumpul bersama-sama rakyat Scotland yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
“Such a memorable event and lucky you and the kids could participate to witness with your own eyes,” tulis Azrinaz Mazhar Hakim.
“Witnessing the history, bro.
“You are so lucky. It’s a lifetime experience for the kids.
“Rare ni dapat tengok depan mata.
“Lama tunggu post Alif nak tengok ada ke tak post pasal Queen sebab nampak all the previous posts was in Scotland, and she was rests at Balmoral masa tu. Akhirnya nampak juga post Alif.. Untung dapat tengok,” komen sebahagian netizen.
Ratu Elizabeth II yang merupakan raja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain mangkat pada usia 96 tahun pada Khamis lalu di Istana Balmoral, Scotland.
Jasad mendiang akan disemadikan di London pada 19 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Alif Satar & Shadila Halid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Adrian Teh mendedahkan filem terbaru arahannya yang berjudul Malbatt Misi Bakara telah menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus mencatatkan sejarah sebagai filem termahal negara setakat ini.
Menurut Adrian, meskipun bajetnya kedengaran agak besar, namun dia merasakan jumlah tersebut adalah wajar lebih-lebih lagi untuk menghasilkan filem bergenre seperti ini.
“Filem ini mendapat dana berjumlah RM20 juta. Terima kasih saya ucapkan buat Tan Sri Vincent Tan dan para pelabur lain. Namun, ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Kalau buat filem mahal tapi tidak mencapai tahap box office tak guna juga.
“Ia memang agak mencabar tapi pada pendapat saya, kalau nak menghasilkan filem sebegini, inilah bajetnya. Kalau anda tanya saya, RM20 juta itu masih tak cukup.
“Kami kena menempah khas bagi peralatan tentera termasuk uniform. Pakaian sahaja dah mencecah ratusan ribu. Kami juga kena bina aset-aset tentera,” katanya kepada MH.
Adrian berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Adrian turut mengakui dia agak tertekan lebih-lebih selepas mendengar ucapan daripada penerbit Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang berseloroh mengharapkan filem ini bakal mendapat pulangan yang baik.
“Sudah tentu saya agak tertekan. Walaupun saya tahu niatnya hanya bergurau tapi dia ada hak untuk berbuat sedemikian dan pastikan filem ini mendapatkan untung.
“Buat masa sekarang, tiada apa yang boleh saya buat untuk meyakinkan dia kerana saya pun baru sahaja memula proses post-production. Saya harap proses post-production ini dapat berjalan dengan lancar.
“Harapnya bila filem ini siap tahun hadapan, dengan teknik pemasaran yang betul dan sokongan daripada pihak penerbit, saya percaya filem ini mampu mencapai jumlah kutipan box-office yang bagus,” ujarnya lagi.
Malbatt Misi Bakara mendapat sokongan penuh daripada pihak Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Selain Tan Sri Vincent Tan, antara yang turut sama hadir ke majlis ini termasuklah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.
Filem ini mengangkat kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia.
Malbatt Misi Bakara menjalani penggambaran di tiga buah lokasi utama iaitu Turki, Johor dan Lembah Klang.
Kisah ini juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down.
Namun, kali ini para penonton berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali siapakah wira yang sebenar.
Filem ini menghimpun pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi dengan enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, 11 September depan.
Dayang tercalon menerusi album Belagu bagi kategori Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, Rakaman Album Terbaik serta dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi).
Sementara itu, penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula masing-masing tercalon dalam empat kategori iaitu Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel dalam lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.
Yonnyboii pula menerusi kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, AIM23 menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan.
“RIM menerima jumlah yang memberangsangkan apabila menerima sebanyak 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
“Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan,” katanya kepada MH.
Rosmin ditemui pada majlis sidang media calon Top 5 AIM23 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut Rosmin lagi, seramai 113 terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Diketuai Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.
“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” katanya.
Sementara itu, arisan artis yang bakal membuat persembahan serta hos AIM23 akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...