Pelakon dan ushawan, Rebecca Nur Al Islam Ahmad hari ini bersyukur dan gembira kerana telah pun selesai majlis tazkirah dan sesi mengislamkan salah seorang pembantu rumah ibunya yang dikenali sebagai Merry.
Becca memuat naik beberapa keping foto dan video sekitar majlis.
“Alhamdulillah Seperti biasa InsyaAllah Setiap pagi Jumaat pasti Umah Mummy becca Ramai Orang Sempena #tazkirahumahbecca.
“Tapi Jumaat Pagi Ni #01022019 Special Sikit, Di sebabkan After Tazkirah Mummy becca Buat Majlis utk Maid/Helper Mummy becca MERRY akan DI ISLAM kan Hari Ni.
Ads
“Ya Allah Ya Rab,Syukur ke Atas Mu ,Kami Semua Mendapat Saudara Islam Baru Pada Pagi Jumaat Yg Penuh Barokah ini,” tulisnya menerusi salah satu posting.
Menerusi laman Instagram pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Razak, diva nombor satu negara itu ada menziarah pemergiaan salah seorang Sitizoners ke rahmatullah, Allahyarham Ikram Muzammil.
Rozi menerusi ruangan kapsyen mengucapkan kesyukuran di atas semua pihak yang membantu memudahkan urusan jenazah arwah.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ctdk, keluarga Sitizoners, keluarga Unisel, pihak hospital Shah Alam kerana membantu memudahkan urusan jenazah ikrammuzammil dari awal sehinggalah ke majlis pengebumian.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, lancar dan dipermudahkan Allah. Semoga Allah mempermudahkan juga urusan sahabat kami, arwah ikrammuzammil di alam sana,” tulisnya.
Terharu dengan keprihatian Siti terhadap Sitizoners, netizen kagum dengan sifat rendah diri penyanyi Anta Permana ini.
Kata netizen lagi, walaupun hanya mengenali Ikram sebagai salah seorang peminat setia, namun sebagai selebriti yang diminati, Siti Nurhaliza dilihat turut sama merasa kehilangan arwah, lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu turut sama terlibat dalam soal urusan jenazah.
Foto:Instagram Rozi Sang Dewi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor Aaron Aziz telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, gambar tersebut kelihatan Aaron telah menerima satu kejutan dan hadiah sebuah televisyen daripada anak-anaknya sempena hari jadinya yang ke-42.
“Minta maaf la kalau muka masing masing sememeh sebab dah nak tidur tiba tiba anak anak buat surprise….dihadiahkan smart tv baru.”
“They said “So Daddy now you can watch your Netflix upstairs”….hmmm Daddy ganggu sangat ke Netflix korang kat bawah hehehe. Loving all my kids.”
“Spending their money for such an expensive present. @courseconfused @dwiarianaaaron@dahliaarissaaaron @daniyaa_haifaa” tulisnya.
Aaron berkata anak-anaknya menghadiahkan sebuah TV kepadanya kerana gara gara dia suka menganggu anak-anak menonton TV di ruang tamu.
Lantas, peminat dan netizen terhibur melihat kata-kata yang telah dikongsikan oleh aktor yang pernah membintangi filem Ombak Rindu.
Pelakon yang kelahiran Singapura ini telah dilahirkan pada 23 Februari 1976. Aaron Aziz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Foto : Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mungkin lelaki ini bergurau, kerana mengikut perkiraan, tahun 1993, Wak sepatutnya tingkatan 2. Apa-apa pun wajahnya tidak banyak berubah, masih awet muda. Wak kini berusia 39 tahun.
Menurut netizen, wajah pengasas bersama jenama pakaian The Garment ini suci dan polos.
Foto – Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...